Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam Pintar Garmin Venu Sq 2 Series kini di Malaysia pada harga dari RM 1,230 sahaja

Jam Pintar Garmin Venu Sq 2 Series kini di Malaysia pada harga dari RM 1,230 sahaja 7

Garmin Malaysia secara rasminya telah melancarkan jam pintar Garmin Venu Sq 2 dan Garmin Venu Sq 2 – Music Edition pada harga yang berpatutan.

Garmin Venu Sq 2 series ini memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 1.4-inci pada rekaan aluminum yang ringan bersama tali jam silikon yang selesa untuk dipakai.

Jam Pintar Garmin Venu Sq 2 Series kini di Malaysia pada harga dari RM 1,230 sahaja 8

Selain itu, jam Garmin Venu Sq 2 dan Venu Sq 2- Music Edition ini juga menawarkan jangka hayat bateri sehingga 12 hari didalam satu pengecasan dan ianya juga menyokong lebih dari 25 aktiviti kecergasan. Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi Garmin Connect untuk mencipta  aktiviti kecergasan mengikut keperluan.

Dalam pada itu, Garmin Venu Sq 2 Series juga menyokong bacaan kadar degupan jantung 24/7, ciri Body Battery energy monitoring, Sleep monitoring dan sleep score, Stress tracking, Women health tracking dan  Health Snapshot.

Apabila jam tangan digunakan bersama  telefon pintar Apple atau Android , anda boleh menerima mesej teks, melihat kemas kini media sosial, e-mel dan banyak lagi.

Jam Pintar Garmin Venu Sq 2 Series kini di Malaysia pada harga dari RM 1,230 sahaja 9

Tambahan pula, ciri Keselamatan dan penjejakannya boleh digunakan dengan menghantar lokasi semasa pengguna kepada kenalan kecemasan yang telah ditetapkan atau dengan menghantar mesej secara automatik jika kemalangan dikesan.

Selain itu, Garmin Venu Sq 2- Music Edition membolehkan anda menyimpan sehingga 500 lagu pada jam termasuk dari Spotify, Amazon Music dan Deezer. pengguna juga boleh memuatnaik aplikasi atau watchface di stor Connect IQ.

Garmin Venu Sq 2 kini ditawarkan pada harga RM 1,230 didalam warna Shadow Grey/Slate, White/Cream Gold and Cool Mint/Metallic Mint manakala Garmin Venu Sq 2 – Music Edition ditawarkan pada harga RM 1,480 didalam warna Black/Slate, Ivory/Peach Gold and French Gray/Cream Gold. 

The Garmin Venu Sq 2 series kini boleh dibeli melalui Garmin Brand Stores, wakil pengedar sah dan sscara atas talian di Shopee, Lazada, dan AECO e-store.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.