Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam kecergasan Garmin vívosmart 5 kini ditawarkan pada harga RM 730

Garmin Malaysia secara rasminya telah melancarkan jam kecergasan Garmin vívosmart 5 yang turut disertakan dengan teknologi merekod tidur yang maju.

Jam kecergasan Garmin vívosmart 5 menganalisis kuantiti dan kualiti tidur dengan memberikan skor berdasarkan tahap tekanan, pergerakan dan masa yang dihabiskan pengguna dalam peringkat tidur.

Garminn Vívosmart 5 merupakan pengganti yang kepada Garmin vívosmart 4 yang dilancarkan empat tahun lalu dengan reka bentuk, ciri dan keupayaan pengesanan yang telah dipertingkatkan.

Garmin vívosmart 5 kini boleh didapati pada harga RM 730 di Lazada, Shopee, kedai elektronik AECO, kedai Garmin Brand dan di semua pengedar sah.

Garmin vívosmart 5 juga menawarkan statistik kesihatan sepintas lalu untuk Pulse Ox, pemantauan kadar denyutan jantung 24/7, pemantauan tenaga Body Battery , penjejakan tekanan sepanjang hari dan banyak lagi yang mana semua ciri ini disertakan tanpa memerlukan sebarang langganan tambahan.

Selain itu, Garmin vívosmart 5 tampil dengan paparan yang 66% lebih besar berbanding vívosmart 4, jangka hayat bateri sehingga 7 hari dan kalis air.

Garmin vívosmart 5 ditawarkan didalam tiga warna iaitu Mint Green, Morning White dan Midnight Black.

Garmin vívosmart 5 boleh digunakan bersama peranti Apple and Android.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.