Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Oppo Reno 2 akan dilancarkan di Malaysia 15 Oktober ini

Oppo Reno 2 Malaysia
Oppo secara rasminya telah mengesahkan bahawa siri Oppo Reno 2 akan dilancarkan  di Malaysia pada 15 Oktober ini.

Pengesahan rasmi ini telah diberikan sendiri oleh Oppo Malaysia yang kini telah mula menghantar jemputan media ke majlis pelancaran ini.

Majlis pelancaran ini akan menyaksikan Oppo Reno2 diperkenalkan ke pasaran dan majlis pelancaran ini akan turut dihadiri oleh artis tempatan Neelofa dan duta terbaru Oppo Jam Hsiao.

Oppo Reno2 akan hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.5-inci ( nisbah skrin 89% dengan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla 6), pemproses Snapdragon 730G, 8GB RAM dan 256GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, Oppo Reno2 juga hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang iaitu sensor utama 48MP f/1.7 Sony IMX586, sensor telefoto 13MP f/2.4, sensor ultra-lebar 8MP 116° darjah dan sensor mono 2MP.

Oppo Reno2 turut hadir dengan sokongan zoom hibrid 5x atau zoom digital 20x, mod penggambaran malam Ultra Dark Mode, Potrait Mode 2.0 dan rakaman video Ultra Steady.

Oppo Reno 2 Malaysia

Oppo Reno2 juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dan tidak lupa pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 (Type-C).

Oppo Reno2 juga hadir dengan kamera selfie pop-up shark fin 16MP yang turut hadir dengan rakaman video bokeh.

Oppo Reno2 ini dijangka akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Luminous Black dan Ocean Blue.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.