Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 akan ditawarkan di Malaysia mulai 21 Jun ini pada harga RM 1,699

Honor 20 akan ditawarkan di Malaysia mulai 21 Jun ini pada harga RM 1,699 1

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Honor 20 yang dilancarkan bulan lalu akan mula dibuka untuk penjualan pada 21 Jun ini serentak dengan ulang tahun ke-5 Honor.

Walaupun pada mulanya dijadual ditawarkan di Malaysia mulai 29 Mei, Honor 20 kini akan dijual di stor Honor seluruh negara pada harga penjualan RM 1,699.

Selain itu, setiap pembelian Honor 20 ini juga akan menerima satu beg galas Honor, pembesar suara Honor SoundStone dan Honor Band 4 dengan nilai keseluruhan mencecah RM 500.

Honor 20  hadir dengan skrin paparan hole punch berukuran 6.26-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.76%.

Honor 20 juga memiliki pemproses Kirin 980 dengan teknologi dwi-NPU, 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan GPU Turbo 3.0 yang menyokong hampir 25 permainan video terkemuka.

Honor 20 juga disertakan dengan sensor capjari pada bahagian sisi dan bukanya didalam skrin seperti kebanyakkan telefon pintar flaghsip dipasaran.

Honor 20 akan ditawarkan di Malaysia mulai 21 Jun ini pada harga RM 1,699 2

Honor 20 juga memiliki  kamera Sony IMX586 48MP f/1.8, sensor lensa lebar 16MP f/2.2, sensor kedalaman 2MP f/2.4 dan sensor macro 2MP f/2.4.

Honor 20 juga hadir dengan dual-OIS, AIS Super Night, mod penggambaran AI Ultra Clarity 48MP, AI Super Night Mode, AI Image Stabilization dan AI Color Mode.

ULASAN : Honor 20 – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran

Honor 20  juga hadir dengan kamera selfie beresolusi tinggi iaitu 32MP.

Honor 20 memiliki bateri berkapasiti 3,750mAh dan ianya turut memiliki teknologi pengecasan 22.5W Honor SuperCharge.

Honor 20 hadir dengan MagicUI 2.1, efek bunyi 9.1 Surround Sound.

Honor 20 akan ditawarkan di Malaysia mulai 21 Jun ini pada harga RM 1,699 3

Berikut adalah harga Honor 20 di Malaysia

Honor 20 6GB/128GB – RM 1,699

Warna : Sapphire Blue dan Midnight Black

HONOR 20 dilancarkan di Malaysia, Ini 4 Cara Memaksimumkan Potensi Kamera Honor 20 pada Hari Raya ini

Dapat info lanjut di Honor Malaysia facebook

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.