Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Honor 20 – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 1

Pengenalan

Selepas pelancaran telefon pintar flagship Honor View20 pada bulan Januari yang lalu, Honor telah mengalihkan perhatian kepada pelancaran model-model telefon pintar berspesifikasi baik pada harga berpatutan.

Seperti kita sedia maklum, Honor mempunyai dua siri telefon pintar flagship iaitu siri V dan siri N yang mana model terbaru siri V adalah View20 manakala generasi terbaru model siri N masih belum dilancarkan lagi (Honor 10 adalah model siri N bagi tahun 2018).

Siri N tahun ini sudah pastinya adalah Honor 20 dan buat pertama kalinya, Honor telah memperkenalkan dua model siri flagship N secara serentak iaitu Honor 20 dan Honor 20 Pro.

Atas ihsan  Honor Malaysia, kami telah diberikan unit reviu Honor 20 beberapa minggu sebelum pelancaran rasmi telefon pintar ini dan ini telah membolehkan kami memberikan ulasan lengkap sekaligus sebagai satu titik rujukan yang berguna bakal pembeli telefon pintar ini.

Berikut adalah ulasan Honor 20 yang kini ditawarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699.

 

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 2

Reka Bentuk

Honor 20 hadir dengan reka bentuk yang sudah biasa digunakan pada telefon pintar Honor dan pada model ini, ianya selangkah lebih baik dari Honor 10.

Reka bentuk ini memberikan Honor 20 satu kemasan berkilau di mana terdapat tiga pilihan warna iaitu biru, hitam dan putih glasier.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 3

Selain itu, Honor 20 juga hadir dengan reka bentuk skrin hadapan yang sama seperti Honor View 20 iaitu dengan panel skrin yang mempunyai tebukan lubang khas untuk kamera selfie. Lubang ini hanya mempunyai ukur lilit 4.5mm yang menjadikanya tebukan paling kecil pada telefon pintar.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 4

Dengan pengunaan skrin ‘hole punch’, Honor 20 berjaya mencapai peratusan skrin kepada badan yang sangat tinggi iaitu 91.76%.

Honor 20 ini mempunyai profil rangka telefon pintar berukuran 5.8-inci menggunakan nisbah skrin 16:9 namun Honor 20 ini hadir dengan skrin paparan berukuran 6.26-inci.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 5

Honor 20 juga telah menyaksikan Honor memilih penyelesaian yang berbeza bagi telefon pintar flagship ini apabila menyertakan sensor capjari pada bahagian sisi dan bukanya pengunaan sensor capjari terbina pada skrin.

Ini memberikan pengguna akses pantas kepada peranti iaitu didalam masa 0.3 saat dan tujuan utama Honor 20 hadir dengan teknologi ini mungkin untuk mengekalkan kos yang rendah.

Pengunaan sensor capjari di bahagian sisi juga memberikan astetik panel belakang tidak terjejas dan lebih uniform.

Sensor capjari Honor 20 ini juga di integrasi sebagai butang kuasa dan butang Google Assistant.

Butang suara juga telah ditempatkan dibahagian sisi kiri Honor 20 iaitu betul-betul di atas sensor capjari.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 6

Pada bahagian bawah, Honor 20 telah menyertakan slot USB-C, gril pembesar suara dan satu mikrofon manakala bicu audio 3.5mm telah disingkirkan sama sekali.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 7

Skrin Paparan

Honor 20 hadir dengan skrin paparan berukuran 6.26-inci yang diberi gelaran All-View Display dengan resolusi FHD+ 2340 x 1080p.

Ianya adalah panel LCD dengan nisbah 19:5:9 yang mempunyai nisbah skrin kepada badan 91.76%.

Tahap nisbah skrin kepada badan yang tinggi ini berjaya dicapai dengan pengunaan panel skrin yang mempunyai tebukan lubang untuk kamera selfie.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 8

Tebukan lubang ini membolehkan ruang untuk kamera selfie hanya lah berukuran 4.5mm sekaligus menjimatkan ruang yang digunakan untuk menawarkan pengalaman skrin sepenuhnya dibahagian hadapan.

Sedikit mengecewakan adalah pengunaan panel LCD yang boleh dikatakan sudah menjadi satu teknologi yang lama namun panel LCD yang digunakan pada Honor 20 dilihat antara yang terbaik dipasaran.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 9

Pemproses

Honor 20 hadir dengan pemproses kelas flaghsip Kirin 980 yang merupakan cip 7nm pertama dipasaran telefon pintar.

Kirin 980 juga hadir dengan dua unit pemprosesan neural (NPU) yang dikhususkan untuk tugas AI.

Prestasi CPU Kirin 980 adalah 75% dari CPU Kirin 970 dan pada masa hampir 58% lebih efisen.

Prestasi GPU Kirin 980 ini juga menunjukkan peningkatan drastik dimana prestasi telah naik 46% dan pada masa yang sama 178% lebih efisen tenaga.

Honor 20 hadir dengan satu pilihan RAM iaitu 6GB dengan memori storan dalaman 128GB iaitu jenis storan UFS 2.1.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 10

Selain itu, Honor 20 juga disertakan dengan mod GPU Turbo 3.0 yang memberikan Honor 20 kebolehan untuk mengekstrak pretasi maksima telefon pintar ini ketika gaming.

GPU Turbo 3.0 menyokong hampir 25 permainan video terkemuka yang pasti memberikan anda kelebihan kompetitif ketika gaming.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 11

Selain itu, Honor 20 juga menjadi telefon pintar pertama Honor diluar pasaran China untuk hadir dengan Magic UI 2.1 yang berasaskan Android 9.0 Pie.

Walaupun mempunyai nama yang berbeza, kami tidak nampak sebarang perbezaan ketara antara MagicUI dan EMUI yang digunakan pada telefon pintar Honor sebelum ini.

Kehebatan pemproses Kirin 980 telah terbukti pada banyak telefon pintar Huawei seperti siri Huawei Mate 20 atau siri Huawei P30 dan Honor harus dipuji kerana mampu menawarkan pemproses berprestasi tinggi ini pada peranti mampu milik seperti Honor 20.

Persoalan besar yang bermain di minda bakal pembeli telefon pintar Honor 20 ini adalah apakah perancangan Honor selepas penggantungan lesen Android yang akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 19 Ogos 2019.

Kami berpendapat bahawa jika penggantungan ini tidak ditarik balik, Honor mungkin hadir dengan sistem operasi mereka yang tersendiri yang dikatakan telah berada didalam proses pembangunan sejak tahun 2012.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 12

Kamera

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 13

Honor 20 menjadi telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan pengunaan 4 kamera dibahagian belakang dengan ikon utama adalah kamera 48MP Sony IMX586 dengan aperture f/1.8.

Selain itu, Honor 20 juga disertakan satu sensor lensa lebar super 16MP dengan aperture f/2.2, sensor kedalaman 2MP dan sensor mod macro 2MP f/2.4.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 14

Dengan konfigurasi kamera ini, Honor menawarkan anda 4 jenis lensa kamera yang sudah pastinya lebih berguna dan membawa anda lebih dekat kepada pengalaman penukaran lensa mengikut keadaan penggambaran seperti yang ditawarkan pada kamera profesional (DSLR).

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 15

AI Ultra Clarity 48MP

Antara mod-mod penggambaran yang disertakan pada Honor 20 ini adalah AI Ultra Clarity pada resolusi 48MP, mod malam AIS Super Night dan banyak lagi.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 16

lensa ultra lebar 16Mp

Kami amat berpuas hati dengan prestasi gambar yang terhasil melalui lensar 48MP dan lensa lebar 16MP yang turut boleh digunakan untuk penggambaran waktu malam namun mod macro yang hanya memiliki lensa 2MP sedikit mengecewakan kerana resolusi kamera ini yang sangat rendah dan pengunaan sensor yang lebih sudah pasti akan dihargai oleh pengguna.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 17

Mod malam AI Super Night

Pengunaan lensa 48MP Sony IMX586 memberikan Honor 20 satu kelebihan dari segi fotografi yang sebelum ini hanya dilihat pada telefon pintar Huawei.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 18

Mod Macro

Sebagai perbandingan Honor 20 Pro telah berjaya memperoleh markah yang tinggi dari ujian kamera DxOMark iaitu 111 mata dan kami percaya Honor 20 juga tidak terlalu jauh dari markah ini.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 19

Honor 20 juga hadir dengan kamera selfie 32MP yang mana sensor ini adalah seperti yang digunakan pada Honor 20 Lite dan Honor 20 Pro.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 20

Bateri

Honor 20 hadir dengan bateri berkapasiti 3,750mAh iaitu 250mAh lebih kecil berbanding Honor 20 Pro namun Honor harus dipuji kerana masih menyertakan sokongan pengecasan pantas Honor SuperCharge 22.5W.

Pengecasan pantas Honor SuperCharge ini juga dilakukan melaui slot USB-C yang juga satu penambahbaikan yang telah lama dinanti.

Dengan Honor SuperCharge, anda boleh mengecas Honor 20 anda ke tahap 50% didalam masa 30 minit sahaja.

Bateri Honor 20 ini dijangka mampu mengharungi pengunaan purata sepanjang hari tanpa perlu anda mengecas semula.

Honor 20 tidak disertakan dengan pengecasan tanpa wayar walaupun panel belakang adalah gelas namun versi Pro juga tidak menerima fungsi ini.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 21

Penutup

Honor 20 adalah satu telefon pintar kelas flaghsip yang terbaik pernah dikeluarkan oleh syarikat ini dan ianya belum lagi mengambil kira Honor 20 Pro.

Honor 20 juga boleh dikatakan sebagai siri telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan teknologi kamera yang betul-betul mempunyai kualiti dan prestasi yang baik dan bukan setakat hanya pada resolusi di atas kertas.

Honor 20 akan mula memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi dengan harga penjualan RM 1,699 dan pra-tempahan akan dibuka tidak lama lagi.

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 22

Setiap pra-tempahan Honor 20 akan menerima satu unit beg galas Honor, speaker Honor SoundStone dan Honor Band 4 secara percuma.

Anda boleh beli HONOR 20 di SINI.

Gambar-gambar yang diambil melalui Honor 20

ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 23ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 24ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 25ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 26ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 27ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 28ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 29ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 30ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 31ULASAN : Honor 20 - telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran 32

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.