b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR 20 dilancarkan di Malaysia, Ini 4 Cara Memaksimumkan Potensi Kamera Honor 20 pada Hari Raya ini

Hari Raya Aidilfitri yang disambut adalah detik-detik yang akan sentiasa menjadi kenangan manis dan tidak akan ditelan zaman.

Raya tahun ini juga tidak banyak berbeza dan pasti ramai yang mahu tidak terlepas untuk menyimpan kenangan manis suasana hari raya samada dalam bentuk gambar mahupun video.

Tidak seperti dahulu, anda kini hanya memerlukan satu telefon pintar yang meliputi kesemua aspek fotografi yang telah mula mengambil alih kedudukan kamera DSLR.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Pelancaran Honor 20 baru-baru ini telah memberikan pengguna satu telefon pintar yang meliputi semua sudut penggambaran termasuk pengambilan gambar melalui lensa ultra lebar sehingga 117 darjah, penggambaran suasana malam raya melalui Mod Super Night dan juga gambar resolusi tinggi melalui mod AI Ultra Clarity 48MP.

Berikut adalah 4 cara untuk anda memaksimumkan potensi kamera gred pro Honor 20 pada Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba


*gambar sekadar hiasan

Gambar potret raya keluarga yang besar kini boleh diambil menggunakan telefon pintar

Saban tahun, jumlah ahli keluarga yang berkumpul dikampung halaman ketika
hari raya sudah pastinya lebih ramai dan ini akan menjadi masalah apabila anda ingin mengambil gambar keluarga sebagai memori.

Walaubagaimanapun hal ini dapat diselesaikan dengan pengunaan Honor 20 yang memiliki sensor lensa lebar dengan 117 darjah yang mampu ‘memuatkan’ lebih ramai ahli keluarga didalam satu gambar.

Tidak seperti pada telefon pintar lain yang meletakkan sensor lensa lebar sebagai satu pra-syarat sahaja, Honor 20 memiliki sensor lebar beresolusi tinggi iaitu 16MP dengan aperture f/2.2.

Selain fungsi sebagai peranti untuk mengambil gambar potret keluarga, sensor lensa lebar yang dimiliki Honor 20 juga berguna ketika bercuti bersama keluarga dengan melawati tempat-tempat menarik.

Gambar anda bersama bangunan atau lokasi bersejarah kini lebih lengkap dan menyeluruh.

Mod gambar AI Ultra Clarity memberikan anda gambar 48MP beresolusi tinggi

Tahun 2019 menyaksikan kebanyakkan telefon pintar dipasaran hadir dengan sensor kamera 48MP.

Honor 20 juga tidak terkecuali namun sensor 48MP yang digunakan pada telefon pintar terbaru.

Ini membolehkan hasil gambar yang diambil lebih terang dan membolehkan penyerapan cahaya yang lebih tinggi berbanding sensor yang lain.

Sensor 48MP Sony IMX586 yang digunakan Honor 20 ini terbukti popular dan telah dipasang pada banyak telefon pintar kelas flagship dipasaran namun Honor 20 boleh dikatakan antara telefon pintar termurah untuk memiliki dengan kamera 48MP Sony ini.

Gambar Malam lebih ‘bernyawa’ dengan mod AI Super Night

Seperti kebanyakkan telefon pintar Honor dipasaran, Honor 20 juga hadir dengan mod penggambaran malam AI Super Night, disertakan dengan aperture f/1.8.

Mod AI Super Night yang dimiliki oleh Honor 20 ini memberikan pengguna pengalaman mengambil gambar waktu malam yang sangat mudah namun hasil ala jurugambar profesional.

Dengan pengunaan sensor Sony IMX586, gambar waktu malam yang diambil Honor 20 kini lebih terang dan mod AI Super Night juga boleh diambil menggunakan sensor ultra lebar 16MP.

Ini memberikan pengguna mengambil gambar mod malam didalam dimensi yang lebih menarik dan pilihan kepada pengguna.

Mod malam ini boleh diambil dengan mudah tanpa memerlukan tripod namun jika anda menggunakan tripod, Honor 20 ini boleh mengetahui anda menggunakan tripod dan tempoh penggambilan gambar akan dipanjangkan untuk hasil yang lebih menakjubkan.

Kamera selfie 32MP Honor 20 menyempurnakan lagi penampilan anda pada hari raya

Raya sudah pastinya tidak lengkap tanpa satu dua selfie yang diambil bersama sanak saudara yang kita jumpa selepas sekian lama.

Gambar selfie yang memang diminati golongan muda ini telah diberikan fokus utama pada Honor 20 sehingga Honor memutuskan untuk menyertakan sensor selfie 32MP.

Kamera selfie Honor 20 ini secara pintar menggabungkan empat piksel menjadi satu piksel yang lebih besar dan terang.

Ini membolehkan anda mengambil gambar selfie ‘raya’ yang lebih cantik dan ‘flawless’ dengan bantuan AI Beautify.

Selain itu, Honor 20 hadir dengan reka bentuk kamera selfie yang sangat kecil iaitu melalui tebukan lubang bersaiz 4.5mm pada skrin dan ini pastinya akan membuatkan ramai kagum dengan telefon pintar yang anda guna.

Selain itu, Honor 20 terbukti sebagai satu telefon pintar serba lengkap dan antara spesifikasi dalaman Honor 20 adalah pemproses 7nm Kirin 980, 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh dengan pengecasan pantas 22.5W Huawei SuperCharge.

Honor 20 telah dilancarkan di Malaysia dengan harga penjualan RM 1,699 sahaja. Penjualan akan bermula tidak lama lagi dan tarikh penjualan rasmi akan diumumkan di https://www.facebook.com/HonorMY/.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR 20, layari https://www.hihonor.com/my/honor20-launch.html.

Resolusi penuh kesemua gambar boleh dilihat di sini

ULASAN : Realme 3 Pro – telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran

Comments

comments