harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

GoPayz ialah sistem pembayaran Digital Dari UMobile

GoPayz ialah sistem pembayaran Digital Dari UMobile 1

UMobile Malaysia telah mengumumkan bahawa syarikat telekomunikasi ini akan memperkenalkan ekosistem fintech pada bulan Julai ini.

Ekosistem komprehensif daripada syarikat telekomunikasi ini adalah percubaan pertama UMobile kedalam dunia fintech dan akan memperkenalkan dua platform yang berbeza iaitu GoPayz dan GoBiz.

GoPayz ialah sistem pembayaran Digital Dari UMobile 2

GoPayz adalah e-wallet universal yang menawarkan perkhidmatan kewangan dab gayahidup digital manakala GoBiz pula adalah sistem pembayaran digital yang direka khas untuk memberikan manfaat kepada semua perniagaan secara umumnya.

Berikut adalah kelebihan GoPayz

winner78
  1. Perkhidmatan Kewangan Digital Mampu Milik – Pelbagai pakej insurans, pertukaran mata wang dalam talian, dan produk pelaburan yang disesuaikan berdasarkan keperluan individu. Sebagai contoh, produk insurans mikro GoLife Plus mempunyai premium serendah RM13 sebulan, dengan liputan sehingga RM 76,000.
  2. Diterima di mana sahaja – Samada secara atas talian atau di pusat membeli belah, bayar menggunakan GoPayz didalam bentuk kad Mastercard, UnionPay, Visa dan Visa Virtual. ( pengeluaran tunai di ATM juga boleh dibuat RM 1 di dalam Malaysia, RM 10 diluar negara).
  3. Akses 24 Jam – Pelanggan boleh melakukan transaksi dimana sahaja mengikut keperluan mereka.
  4. Ganjaran – terima mata ganjaran daripada pelbagai transaksi dan dapatkan ganjaran istimewa bagi transaksi yang layak.
  5. Selamat dan terlindung – setiap transaksi mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Bank Negara.

GoBiz pun adalah perkhimatan kewangan digital yang dikhususkan kepada perniagaan tidak kira saiz dan ianya hadir dengan kelulusan segera permohonan didalam masa tiga hari.

Pelanggan GoBiz boleh mendigitalkan pembayaran yang diterima seperti mobile point-of-sale (mPOS), atau mobile virtual terminal (MVT).

Seperti GoPayz, pengguna GoBiz juga boleh menerima pembayaran dari dalam dan luar negara melalui Mastercard, UnionPay dan Visa.

GoBiz juga memberikan perniagaan peluang untuk meningkatkan pendapatan dengan menawarkan perkhimatan tambahan seperti tambah nilai telko, pembayaran bil dan mata permainan video kepada pelanggan sediada.

Pra-Pendaftaran bagi sistem pembayaran GoBiz ini boleh dibuat mulai esok di www.gobiz.com.my (perniagaan).

harimaubet