Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei menduduki tempat ke-47 dalam senarai 100 syarikat terbaik dunia

Walupun menerima pelbagai sekatan dari Amerika Syarikat, Huawei telah mengukuhkan kedudukan syarikat ini sebagai antara syarikat terbaik didunia.

Huawei telah menduduki tangga ke-47 didalam senarai 100 syarikat global paling bernilai yang diterbitkan oleh Kantar.

Ini menyaksikan Huawei naik satu anak tangga dari tempat ke-48 tahun lalu dengan peningkatan nilai syarikat sebanyak 8% sekaligus menjadikan Huawei berada dalam senarai 50 syarikat terbaik dunia untuk tempoh 4 tahun berturut-turut.

Antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah produk berinovasi tinggi seperti telefon pintar siri Huawei P30 dan Huawei Mate X yang merupakan telefon pintar foldable.

Huawei Mate X dilancarkan secara rasmi – telefon pintar foldable 5G paling pantas didunia 

Selain itu, menurut IDC, Huawei kini mempunyai 19% pegangan pasaran telefon pintar dunia dan merupakan satu-satunya syarikat pengeluar telefon pintar teratas yang berjaya meningkatkan jumlah penjualan telefon pintar pada suku pertama 2019.

Walaupun Huawei terpaksa melupakan sementara hasrat untuk menjadi syarikat telefon pintar No.1 dunia bagi tahun ini, Huawei dilihat masih merupakan antara jenama telefon pintar yang dipercayai mampu menawarkan pengguna produk yang terbaik pada harga kompetitif.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.