Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,999

OnePlus 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,999 1

OnePlus secara rasminya telah memperkenalkan Siri telefon pintar flagship terbaru mereka iaitu OnePlus 7 Pro ke pasaran Malaysia.

OnePlus 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,999 2

Pelancaran  OnePlus 7 Pro ke pasaran Malaysia tiba selang seminggu selepas pelancaran global telefon pintar ini.

OnePlus 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,999 3

OnePlus 7 Pro hadir dengan skrin paparan Fluid AMOLED QHD+ berukuran 6.67-inci dengan kadar  refresh 90Hz yang menawarkan animasi UI dan gaming yang lebih lancar dan juga dengan sokongan HDR10+. ( dilapisi panel gelas keselamatan Gorilla Glass 5 pada bahagian hadapan dan belakang).

OnePlus 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,999 4

OnePlus 7 Pro turut disertakan dengan sensor capjari terbina pada skrin generasi ke-3 yang lebih besar dan lebih pantas.

OnePlus 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,999 5

OnePlus 7 Pro juga hadir dengan teknologi kamera selfie terangkat menjadikan sepenuh permukaan hadapan yang didedikasi untuk skrin.

OnePlus 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,999 6

Selain itu, OnePlus 7 Pro juga menjadi telefon pintar pertama OnePlus untuk hadir dengan tetapan tiga kamera dibelakang iaitu kombinasi sensor 48MP Sony IMX586 f/1.6 dengan sokongan OIS,EIS,  mod UltraShot dan Super Resolustion.

Dua sensor sampingan ialah satu sensor telefoto 8MP yang menawarkan pengzooman 3x dan satu sensor lensa lebar 16MP. Ianya turut hadir dengan  dwi-flash LED dan pemfokusan auto laser.

OnePlus 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,999 7

OnePlus 7 Pro juga hadir dengan pemproses Snapdragon 855 yang turut hadir dengan teknologi penyejukan vapor chamber 10-lapis, tiga pilihan RAM iaitu 6GB/8GB/12GB dan dua kapasiti memori dalaman iaitu 128GB/256GB iaitu jenis UFS 3.0 yang 78% lebih pantas berbanding jenis storan UFS 2.1

OnePlus 7 Pro juga hadir dengan pembesar suara stereo Dolby Audio, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 30W yang dikenali sebagai Warp Charge.

OnePlus 7 Pro akan hadir didalam tiga pilihan warna iaitu biru nebula gradiasi dan dua warna berkilau iaitu kelabu dan emas almond.

OnePlus 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,999 8

Harga penjualan OnePlus 7 Pro di Malaysia adalah seperti berikut :

OnePlus 7 Pro 6GB/128GB – RM 2,999

OnePlus 7 Pro 8GB/256GB –  RM 3,699

OnePlus 7 Pro 12GB/256GB –  RM 4,199

OnePlus 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,999 9

Pra-tempahan kini telah dibuka di Shopee dimana pembeli OnePlus 7 Pro akan menerima bauchar RM 200 dan Earphone tanpa wayar OnePlus Bullets secara percuma.

Pra-tempah di OnePlus Stor Shopee 

OnePlus 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,999 10

Selain itu, OnePlus 7 Pro ini juga boleh dibeli melalui wakil penjual sah OnePlus seperti pada gambar di atas.

berikut adalah senarai pusat servis OnePlus di Malaysia

OnePlus 7 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,999 11

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.