b39plus20-onexox-black-unlimited-calls

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OnePlus 7 turut dilancarkan dengan harga penjualan serendah RM 1,952 sahaja

OnePlus 7 turut dilancarkan dengan harga penjualan serendah RM 1,952 sahaja 1

Selain OnePlus 7 Pro, OnePlus turut melancarkan OnePlus 7 yang hadir dengan harga penjualan yang lebih berpatutan.

OnePlus 7 hadir dengan skrin paparan Optic AMOLED berukuran 6.41-inci dengan resolusi 1080p+ dan pengesan capjari terbina pada skrin yang sama seperti pada OnePlus 7 Pro.

Selain itu, OnePlus 7 juga memiliki pemproses Snapdragon 855, 6/8GB RAM dengan dua pilihan kapasiti memori dalaman UFS 3.0 iaitu 128GB atau 256GB.

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

OnePlus 7 turut dilancarkan dengan harga penjualan serendah RM 1,952 sahaja 2

Bercakap mengenai kamera, OnePlus 7 hadir dengan tetapan dwi-kamera 48MP Sony IMX 586 0.8µm dengan OIS dan aperture f/1.7 dengan sensor kedua adalah sensor kedalaman 5MP f/2.4 manakala kamera selfie adalah 16MP.

Seperti OnePlus 7 Pro, OnePlus 7 juga memiliki pembesar suara stereo yang ditala oleh Dolby Audio dan pengecasan 20W bagi bateri berkapasiti 3,700mAh.

OnePlus 7 akan hadir didalam dua warna iaitu kelabu dan merah ( merah eksklusif untuk pasaran China dan India sahaja).

OnePlus 7 turut dilancarkan dengan harga penjualan serendah RM 1,952 sahaja 3

Harga penjualan OnePlus 7 di India adalah seperti berikut :

OnePlus 7 6GB/128GB – INR 32,999 (RM 1,952)

OnePlus 7 8GB/256GB – INR 37,999 (RM 2,248)

Harga penjualan OnePlus 7 Malaysia masih belum diumumkan namun ianya dijangka akan diketahui ketika pelancaran tempatan akan yang akan berlangsung pada 21 Mei ini.

OnePlus 7 Pro telah dilancarkan secara rasmi dengan skrin 90Hz, Warp Charge 30W dan tri-kamera

harimaubet666.com