Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ulasan : Bekas OtterBox Symmetry Series Leather , Symmetry dan Defender bagi Samsung Galaxy S10,10e dan 10+

OtterBox syarikat yang bukan lagi asing didalam menawarkan bekas perlindungan premium kepada pengguna telah mengumumkan bahawa mereka kini menawarkan pelbagai jenis bekas pelindung bagi S10e, S10 dan S10+ dengan harga penjualan serendah RM 129 sahaja.

Bekas Perlindungan OtterBox bagi Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ kini ditawarkan di Malaysia

Antara siri bekas OtterBox yang ditawarkan bagi Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ adalah siri Symmetry, Siri Symmetry Leather Folio, Siri Pursuit, Siri Defender dan Siri Commuter.

Berikut adalah harga bekas perlindungan OtterBox bagi Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ mengikut siri :

maklumat lanjut mengenai semua bekas perlindungan OtterBox bagi Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ boleh anda ketahui di OtterBox Asia

Bekas pelindung OtterBox ini boleh dibeli melalui laman sesawang rasmi OtterBox ( penghantaran percuma dengan pembelian $30 ke atas ) atau di stor atas talian rasmi OtterBox di Lazada Malaysia (masih belum dijual di Lazada)

Ulasan bekas Pelindung OtterBox Symmetry Series Leather , OtterBox Symmetry dan OtterBox Defender

OtterBox Symmetry Series Leather Galaxy S10e

OtterBox telah menghantar bekas pelindung OtterBox Symmetry Leather bagi Galaxy S10e namun ianya turut ditawarkan bagi Galaxy S10 dan Galaxy S10+.

Bekas berasaskan kulit premium ini menawarkan perlindungan menyeluruh iaitu termasuk skrin paparan dengan kunci magentik pada sisi.

Bekas dalaman juga melindung Galaxy S10e sepenuhnya tanpa mendedahkan rangka.

Kulit yang digunakan juga berkualiti tinggi namun ketahanan kulit tidak dapat diketahui.

Antara kesemua bekas pelindung OtterBox, bekas berasaskan kulit ini sudah pasti memberikan imej yang lebih eksklusif kepada telefon pintar Samsung Galaxy S10 anda.

Pada bahagian dalam terdapat poket khas yang boleh anda meletakkan wang tunai ataupun kad perniagaan dengan mudah.

Harga : RM 219 – Rm 259

OtterBox Symmetry Galaxy S10+

Siri Symmetry adalah bekas yang paling nipis ditawarkan oleh OtterBox namun ianya masih mampu menawarkan perlindungan maksimum kepada peranti anda.

Ianya menampilkan reka bentuk baru yang lebih nipis dan selesa disimpan didalam kocek.

Pemasangan bekas OtterBox Symmetry ini adalah sangat mudah dan ianya mampu melindung peranti anda daripada calar atau keretakan gelas akibat daripada jatuhan yang tidak dingini.

Kesemua butang juga dilindungi pada siri Symmetry ini manakala slot-slot pengecasan dan bicu audio 3.5mm tidak berpenutup seperti pada siri Defender.

Harga : RM 169- RM 219

OtterBox Defender Samsung Galaxy S10

Otterbox Defender adalah bekas perlindungan yang paling tahan lasak dan yang menawarkan perlindungan yang paling menyeluruh kepada telefon pintar anda.

Walaubagaimanapun, pengorbanan yang anda perlu lakukan anda profil telefon pintar yang lebih tebal selepas mengenakan bekas OtterBox Defender ini.

Ianya menawarkan perlindungan daripada jatuhan, habuk kerana kesemua slot mempunyai penutup,  perlindungan beberapa lapis dan juga disertakan dengan klip tali pinggang.

bekas OtterBox defender yang kami terima ini hadir didalam panel luaran berwarna hijau dan tekstur seakan getah yang digunakan adalah lembut dan sangat mencengkam apabila dipegang.

Selain satu panel luar yang lembut, OtterBox defender ini juga hadir dengan satu rangka dalaman yang lebih keras dan berasaskan plastik.

Penyertaan klip ini juga membolehkan anda menggunakan telefon pintar ini untuk merakam aktiviti lasak seperti berbasikal dan banyak lagi namun harus diingat ini adalah edisi ‘screenless’ yang bermaksud anda juga harus memasang gelas perlindungan skrin.

Pembelian kesemua OtterBox yang tulen ini boleh dibuat di www.otterbox.asia atau juga boleh di stor atas talian rasmi OtterBox di Lazada Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.