Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo Y93 mula dijual pada 13 April ini dengan harga RM 599 sahaja

Vivo Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar kelas pertengahan Vivo Y93 akan mula ditawarkan di pasaran tempatan mulai 13 April ini dengan harga penjualan RM 599 sahaja.

Vivo Y93 adalah telefon pintar terbaru Vivo yang menyusul selepas kejayaan mengagumkan siri Vivo V15 dan telefon pintar ini juga dijangka akan mendapat sambutan yang hangat.

Bercakap mengenai spesfikasi Vivo Y93 ini , ianya hadir dengan skrin paparan Halo Fullview HD+ berukuran 6.22-inci, pemproses Snapdragon 439, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,030mAh.

Vivo Y93 ini akan turut hadir dengan tetapan dwi-kamera dibelakang iaitu sensor utama 13MP + 2MP manakala kamera swafoto adalah 8MP.

Vivo Y93 ini juga hadir dengan UI FunTouch OS 4.5 berasaskan Android Oreo (8.1), kad microSD yang menyokong tambahan 256GB dan akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu hitam dan biru.

Pembelian boleh dibuat mulai 13 April ini melalui wakil penjual sah Vivo di seluruh negara atau secara online.

Search Vivo APEX 2019 – apa yang menarik pada telefon pintar konsep terbaru Vivo ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.