Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme 3 Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 22 April 2019

Ketika pelancaran Realme 3 hujung bulan lalu, Realme telah mengesahkan bahawa Realme 3 Pro akan dilancarkan pada bulan April 2019 dan kini tarikh pelancaran telefon pintar ini telah disahkan.

Realme 3 Pro akan dilancarkan secara rasmi di India pada 22 April 2019 yang sudah pastinya merupakan satu khabar gembira buat peminat telefon pintar Redmi di Malaysia.

ULASAN : Realme 3 – Teknologi kamera dan reka bentuk premium pada harga serendah RM 599

Seperti Realme 3, Pasaran Malaysia dijangka akan diberikan keutamaan dan Realme 3 Pro mungkin memasuki pasaran Malaysia didalam masa beberapa minggu selepas pelancaran di India.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat spesifikasi Realme 3 Pro ini diketahui namun ianya dikatakan mampu menyaingi Redmi Note 7 yang kini hadir di Malaysia pada harga penjualan dari RM 679 sahaja.

Realme 3 Pro dijangka akan tampil dengan pemproses Snapdragon 710 yang sangat berkuasa tinggi dan terdapat juga kemungkinan ianya disertakan dengan kamera 48MP (Sensor Sony atau Samsung).

Pelancaran rasmi Realme 3 Pro hanya berbaki 11 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.