Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Bekas Perlindungan OtterBox bagi Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ kini ditawarkan di Malaysia

Telefon pintar terbaru Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ telah mula dijual secara rasmi di Malaysia mulai hari ini dan perkara pertama selepas anda membeli telefon pintar yang bernilai ribuan ringgit ini adalah mencari bekas perlindungan yang mampu memberikan perlindungan menyeluruh kepada telefon pintar terbaru anda.

OtterBox syarikat yang bukan lagi asing didalam menawarkan bekas perlindungan premium kepada pengguna telah mengumumkan bahawa mereka kini menawarkan pelbagai jenis bekas pelindung bagi S10e, S10 dan S10+ dengan harga penjualan serendah RM 129 sahaja.

Bekas pelindung OtterBox ini terbahagi kepada beberapa siri yang menawarkan tahap perlindungan yang berbeza dan juga pada harga yang berbeza.

Antara siri bekas OtterBox yang ditawarkan bagi Samsung Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ adalah siri Symmetry, Siri Symmetry Leather Folio, Siri Pursuit, Siri Defender dan Siri Commuter.

Berikut adalah harga bekas perlindungan OtterBox bagi Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ mengikut siri :

OtterBox Symmetry Clear – Galaxy S10e – RM 169
– Galaxy S10 – RM 169
– Galaxy S10+ – RM 219

OtterBox Symmetry dengan kesan Stardust, Gradient Energy and Love Triangle – Galaxy S10e – RM 189
– Galaxy S10 – RM 189
– Galaxy S10+ – RM 219

OtterBox Symmetry Leather Folio – Galaxy S10e – RM 219
(warna hitam dan perang)                         – Galaxy S10 – RM 219
– Galaxy S10+ – RM 259

OtterBox Pursuit – Galaxy S10 – RM 298
– Galaxy S10+ – RM 319

OtterBox Defender – Galaxy S10e – RM 239
– Galaxy S10 – RM 239
– Galaxy S10+ – RM 289

OtterBox Commuter – Galaxy S10e – RM 129
– Galaxy S10 – RM129
– Galaxy S10+ – RM 169

maklumat lanjut mengenai semua bekas perlindungan OtterBox bagi Galaxy S10e, Galaxy S10 dan Galaxy S10+ boleh anda ketahui di OtterBox Asia

Bekas pelindung OtterBox ini boleh dibeli melalui laman sesawang rasmi OtterBox ( penghantaran percuma dengan pembelian $30 ke atas ) atau di stor atas talian rasmi OtterBox di Lazada Malaysia (masih belum dijual di Lazada)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.