Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Note 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Julai ini

Honor Note 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Julai ini 1

Honor secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar Honor Note 10 akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung bulan ini.

Pelancaran Note 10 akan berlangsung pada 31 Julai di Beijing dan telefon pintar ini akan ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran China sebelum pelancaran global berlangsung di Berlin pada 30 Ogos yang akan datang.

Pengumuman melalui akaun Weibo Honor mengesahkan telefon pintar kategori phablet ini akan dilancarkan ke pasaran didalam masa 10 hari sahaja lagi.

Honor Note 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 31 Julai ini 2

Bercakap mengenai spesifikasi, Honor Note 10 akan hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.9-inci yang dibekalkan oleh Samsung, pemproses flagship Kirin 970 dengan NPU untuk tugas AI, 6GB RAM dan dengan EMUI 8.2 yang berasaskan Android 8.1 Oreo.

Dengan saiz skrin gergasi, Honor 10 dijangka mempunyai ruang yang cukup untuk menawarkan kapasiti bateri yang tinggi dan ianya akan turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas Honor SuperCharge.

Lain-lain spesifikasi Honor Note 10 ini masih belum diketahui namun ianya akan diumumkan secara rasmi pada 31 Julai ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.