Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei telah berjaya menjual 100 juta unit telefon pintar pada 2018

Huawei Nova 3 dan Nova 3i telah diperkenalkan di pasaran China sehari sebelum pelancaran model ini di Malaysia semalam dan ketika pelancaran di China, Richard Yu telah mengesahkan bahawa Huawei telah berjaya menjual 100 juta unit telefon pintar bagi tahun 2018.

Huawei Nova 3 dan Nova 3i dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Pencapaian penjualan angka 100 juta unit bagi tahun 2018 ini adalah antara yang paling pantas didalam sejarah syarikat ini dan sebagai perbandingan bagi tahun 2017, Huawei hanya mencapai angka ini pada bulan September.

Dengan berbaki 5 bulan lagi, Huawei mungkin akan mencapai rekod penjualan tertinggi didalam sejarah dan Yu berharap angka 200 juta unit telefon pintar akan berjaya dicapai pada 31 Disember.

Dengan momentum penjualan Huawei P20 dan P20 Pro yang masih kukuh dan pelancaran siri Huawei Mate 20 didalam masa beberapa bulan lagi, tiada sebab untuk kitq ragu-ragu bahawa 2018 akan menjadi tahun terbaik Huawei.

Sebagai perbandingan penjualan 7 tahun lalu, Huawei telah mencapai pertumbuhan penjualan sebanyak 51 kali ganda dan pertumbuhan ini dilihat tidak akan berhenti setakat ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.