Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X edisi Automobili Lamborghini dilancarkan secara rasmi

Jika Oppo Find X sudah boleh membuatkan ramai pihak terpegun dengan reka bentuk dan keunikanya, satu lagi versi Oppo Find X yang dilancarkan ini sudah pasti akan membuatkan anda terpesona.

Dengan kerjasama gergasi didalam pengeluaran kereta mewah iaitu Lamborghini, Oppo turut melancarkan Find X edisi Automobili Lamborghini.

Oppo Find X edisi Automobili Lamborghini ini hadir dengan panel belakang yang diperbuat dari gentian karbon, logo Lamborghini, kotak telefon yang eksklusif dan kable didalam warna oren yang merupakan warna ikonik bagi Lamborghini.

Selain itu, Oppo Find X edisi Automobili Lamborghini juga memiliki memori simpanan dalaman 512GB iaitu dua kali ganda lebih besar berbanding Find X versi biasa.

Oppo Find X edisi Automobili Lamborghini juga menjadi telefon pintar Oppo pertama untuk hadir dengan teknologi pengecasan pantas Super VOOC yang mampu mengecas penuh bateri peranti ini didalam masa 35 minit sahaja ( bateri berkapasiti 3,400mAh).

Oppo Find X edisi Automobili Lamborghini akan hadir dengan harga penjualan €1,699 (RM 7,855).

Spesifikasi lain adalah sama seperti Oppo Find X versi biasa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.