Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Find X dilancarkan secara rasmi – telefon pintar flagship futuristik

Oppo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar kelas flagship pertama mereka selepas pelancaran Oppo Find 7 kira-kira 4 tahun lalu.

Oppo Find X memenuhi semua kriteria telefon pintar utama tahun 2018 dan ianya hadir dengan reka bentuk kamera yang unik dimana panel kamera belakang dan hadapan ini tersembunyi pada rangka dan akan ‘timbul’ apabila ianya diperlukan.

Mekanisma ini telah diuji sebanyak 300,000 kali dan secara purata sebanyak 100-150 kali pengunaan  sehari.

Oppo Find X hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 6.4-inci dengan resolusi 1080+ yang melengkung pada sisi dan tanpa sebarang ‘notch’. Skrin ini mempunyai nisbah skrin-kepada-badan yang amat tinggi iaitu 93.8%.

Oppo Find X hadir dengan kamera utama dwi-kamera 16MP + 20MP manakala kamera hadapan adalah unit 25MP yang turut hadir dengan sensor 3D Scanner yang berfungsi sebagai pengecaman wajah dan teknologi pencantikkan beautify.

Oppo Find X turut hadir dengan pemproses Snapdragon 845, 8GB RAM, memori simpanan dalaman 256GB selain bateri berkapasiti 3,730mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC ( tiada pengecasan tanpa wayar).

Oppo Find X juga menjadi telefon pintar pertama Oppo untuk hadir dengan slot USB-C yang mana turut menyebabkan penyingkiran slot audio 3.5mm dan tiada juga sensor capjari.

Oppo Find X hadir didalam dua pilihan warna iaitu gradiasi biru dan ungu.

Oppo Find X dijangka akan hadir ke pasaran Malaysia didalam masa terdekat namun buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat harga dan tarikh pelancaran diumumkan.

Sebagai rekod, Oppo Find X akan ditawarkan mulai bulan Ogos 2018 pada harga €999 (RM 4,620) di pasaran Eropah yang tertentu.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.