Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CES 2016 : Huawei Watch Elegant dan Jewel dilancarkan – khas untuk wanita

CX-lMuvUwAAXeuI

Huawei yang telah mengumumkan mengenai status penawaran Huawei Mate 8 ke pasaran antarabangsa turut mengumumkan dua model baru Huawei Watch yang dikhususkan kepada golongan wanita.

Kedua-dua jam pintar ini dikenali dengan nama Huawei Watch Elegant dan Huawei Watch Jewel.

Apple Watch Elegant pula hadir dengan reka bentuk yang lebih klasik , versi Elegant ini tidak mempunyai sebarang batu kristal Swarovski namun ianya hadir dengan titik titik sekeliling jam selain tali jam berasaskan kulit asli

Huawei Watch Jewel hadir dengan reka bentuk berasaskan Kristal Swarovski iaitu sebanyak 68 butir Kristal digunakan mengelilingi panel utama jam. Panel jam ini pula adalah besi tahan karat yang mempunyai warna emas ros dengan tali kulit berwarna biru. Panel jam ini mempunyai saiz 42mm.

Negara fasa pertama yang akan menerima Huawei Watch Elegant dan Huawei Watch Jewel ini adalah 27 negara termasuk Singapura, Taiwan dan Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, Malaysia tidak tersenarai didalam senarai ini.

Bercakap mengenai harga penjualan di Amerika Syarikat , Huawei Watch Elegant mempunyai harga penjualan $499 iaitu sekitar RM 2,173 manakala Huawei Watch Jewel akan mempunyai harga penjualan $599 iaitu sekitar RM 2,609.

Jika memasuki pasaran Malaysia, harga penjualan kedua-dua model ini mungkin lebih murah berbanding harga penjualan di Amerika Syarikat.

CX-lltuUQAAwSLo CX-lek8UAAA9OZH CX-lu48UwAAwBq1 CX-l35TUQAAtIG7

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.