Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CES 2016 : Samsung Gear S2 Platinum dan Emas Ros 18-karat dilancarkan

PHOTO-Samsung-Gear-S2-Classic-Platinum-Rosegold

Samsung secara rasminya telah mengumumkan dua versi baru didalam siri jam pintar mereka yang terbaru iaitu Gear S2 di CES 2016.

Samsung telah mengumumkan dua model baru jam pintar mereka ini akan hadir didalam warna platinum dan emas ros 18-karat.

Kedua-dua versi baru Gear S2 ini adalah model paling eksklusif ditawarkan oleh Samsung dan kami pasti harga penjualannya juga akan lebih tinggi berbanding model biasa.

Kedua-dua Samsung Gear S2 Platinum dan Gear S2 Rose Gold 18-karat ini akan mula memasuki pasaran pada bulan Februari dan semua aksesori lain adalah sama seperti yang ditawarkan pada Gear S2 Classic.

Versi emas ros Gear S2 ini akan hadir dengan tali jam kulit berwarna putih manakala versi platinum akan mempunyai tali kulit asli berwarna hitam.

Selain itu, Samsung juga telah mengumumkan bahawa sokongan bagi peranti iOS atau khususnya kepada Apple iPhone dijangka akan mula ditawarkan tahun ini namun tiada sebarang tarikh spesifik diumumkan.

Bagi kita di Malaysia, Gear S2 yang baru ini mungkin memasuki pasaran Malaysia bersama-sama Samsung Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge pada bulan Mac 2016.

bercakap mengenai model semasa Gear S2 iaitu Gear S2 Sport dan Gear S2 Classic, kedua model ini kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,399 dan RM 1,599 dan anda boleh membaca ulasan ringkas kami mengenai Gear S2 Classic di SINI

sumber

PHOTO-Samsung-Gear-S2-Classic-Rosegold-Right-Side PHOTO-Samsung-Gear-S2-Classic-Rosegold-Left-Side PHOTO-Samsung-Gear-S2-Classic-Rosegold-Front PHOTO-Samsung-Gear-S2-Classic-Rosegold-Back PHOTO-Samsung-Gear-S2-Classic-Rosegold-Spread PHOTO-Samsung-Gear-S2-Classic-Platinum-Right-Side PHOTO-Samsung-Gear-S2-Classic-Platinum-Spread PHOTO-Samsung-Gear-S2-Classic-Platinum-Left-Side PHOTO-Samsung-Gear-S2-Classic-Platinum-Front PHOTO-Samsung-Gear-S2-Classic-Platinum-Back

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.