Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Jam Pintar Lasak Amazfit T-Rex Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 659

Jam Pintar Lasak Amazfit T-Rex Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 659 9
Amazfit secara rasminya telah memperkenalkan jam pintar terbaru mereka iaitu Amazfit T-Rex Pro yang tampil sebagai sebuah jam tahan lasak yang telah melepasi 15 ujian ketahanan ketenteraan.

Jam Pintar Lasak Amazfit T-Rex Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 659 10
Amazfit T-Rex Pro juga menyokong 4 sistem satelite navigasi global,  kalis air 10ATM dan menyokong lebih dari 100 aktiviti kecergasan.

Amazfit T-Rex Pro memiliki skrin paparan AMOLED berukuran 1.3-inci dengan fungsi AOD dan lapisan gentian gelas serta salutan anti-capjari.

Selain itu, Amazfit T-Rex Pro juga memiliki altimeter barometrik, Sensor Optikal BioTracker 2 PPG Bio-Tracking untuk pengawasan 24-jam kadar degupan jantung dan perekod tidur SomnusCare.

Jam Pintar Lasak Amazfit T-Rex Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 659 11

Amazfit T-Rex Pro juga memiliki 18 hari jangka hayat bateri dan ianya hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Meteorite Black, Desert Grey dan Steel Blue.

Jam Pintar Lasak Amazfit T-Rex Pro kini rasmi di Malaysia pada harga RM 659 12

Amazfit T-Rex Pro akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 659 dan pra-tempahan kini dibuka sehingga 31 Mac 2021 di Amazfit Official Store Shopee

Penjualan akan bermula mulai 4 April 2021 juga di Amazfit Official Store Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.