Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

CES 2016 : Malaysia disenaraikan antara negara terawal menerima Mate 8

CX-fxubUkAABW0N

Huawei antara syarikat yang telah hadir di CES 2016 dan awal pagi tadi, sidang media Huawei telah berlangsung.

Huawei tidak mengumumkan sebarang produk baru namun telah memberikan kita maklumat bahawa Huawei Mate 8 yang masih eksklusif di pasaran China akan mula memasuki pasaran antarabangsa tidak lama lagi.

Sebanyak 30 negara telah disenaraikan sebagai negara fasa pertama untuk menerima telefon pintar pertama dengan pemproses Kirin 950 ini. Berita baik bagi kita di sini adalah, Malaysia turut disenaraikan didalam fasa pertama bersama-sama negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Filipina.

Huawei Mate 8 hadir dengan skirn paparan IPS 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Kirin 950 berkelajuan 2.3GHz, GPU Mali T880MP4 dan dua pilihan RAM yang didatangkan dengan tiga kapasiti memori simpanan dalaman yang berbeza iaitu 3GB/32GB, 4GB/64GB dan 4GB/128GB.

Selain itu, Huawei Mate 8 juga hadir dengan satu co-pemproses yang dikenali sebagai i5 dan pemproses sokongan ini mempunyai sokongan kepada pengesanan pertuturan, pengunaan MP3, hab sensor pelbagai fungsi, navigasi fused location provider (FLP) dan mengurangkan pengunaan tenaga berdasarkan lokasi.

Huawei Mate 8 hadir dengan teknologi aluminium industri angkasa lepas dan dengan gelas 2.5D selain satu sensor capjari pada bahagian belakang. Dari segi kamera pula, Huawei Mate 8 hadir dengan kamera utama 16MP yang menggunakan sensor terkini IMX298 daripada Sony manakala kamera selfie pula adalah 8MP.

Huawei Mate 8 juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dan ditawarkan didalam empat warna iaitu emas, perak, kelabu dan perang. Huawei juga telah mengumumkan satu warna baru yang dikenali sebagai mocha brown.

Huawei tidak mengumumkan harga penjualan di Malaysia namun ianya dijangka sekitar RM 2799 bagi versi 3GB RAM /32GB ROM dan 4GB RAM / 64GB ROM pula akan mempunyai harga penjualan sekitar RM 3,266. Harga ini adalah berdasarkan harga penjualan di pasaran Eropah yang mungkin sedikit mahal.

CX-igPWU0AAbzJ8 CX-iWQvUkAAgfWy huawei mate 8 mocha brown

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.