Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Amazfit GTS 4 Mini kini rasmi di Malaysia pada harga RM 399

Amazfit Malaysia secara rasminya telah mengumumkan penawaran jam pintar Amazfit GTS 4 Mini pada harga yang amat berpatutan iaitu hanya RM 399.

Amazfit GTS 4 Mini hadir dengan reka bentuk aluminum aloi bersama tali silikon mesra kulit dan skrin paparan HD AMOLED berukuran 1.65-inci yang turut mempunyai mod Always-On.

Selain itu, jam Amazfit GTS 4 Mini juga memiliki bateri berkapasiti 270mAh yang mampu menawarkan sehingga 15 hari jangka hayat bateri didalam satu pengecasan.

Seterusnya, Amazfit GTS 4 Mini juga mempunyai pensijilan kalis air 5ATM da 120+ mod sukan dan pemantauan tekanan.

Selain itu, Amazfit GTS 4 Mini juga boleh mengesan tujuh aktiviti sukan secara automarik dan algoritma PeakBeats yang memantau waktu pemulihan yang diperlukan selepas senaman.

Amazfit GTS 4 Mini akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu Mint Blue, Flamingo Pink, Midnight Black dan Moonlight White pada harga RM 399 namun anda boleh mendapatkan Amazfit GTS 4 Mini ini pada harga istimewa RM 379 di Shopee sehingga 22 Ogos ini dan anda juga akan menerima kemeja-T Amazfit secara percuma.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.