Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC One X9 telah dilancarkan secara rasmi

image

Seperti yang dijanjikan semalam, HTC secara rasminya telah memperkenalkan HTC One X9.

HTC One X9 adalah versi One A9 yang lebih premium dan ianya hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci dan hadir dengan dua pembesar suara ikonik HTC BoomSound pada bahagian atas dan bawah.
Pembesar suara BoomSound ini tidak ditawarkan pada One A9 namun mungkin disebabkan ini, HTC One X9 kehilangan sensor capjari yang dimiliki oleh A9.

Dari segi dalaman, HTC One X9 hadir dengan pemproses Helio X10 yang turut ditawarkan dengan 3GB RAM dan 32GB memori simpanan dalaman.

Beralih kepada unit kamera yang dimiliki oleh One X9, Ianya hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan optik pengstabilan imej dan turut menyokong rakaman video 4K. Kamera selfie One X9 adalah kamera UltraPixel 4MP. HTC One X9 juga hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Versi Android bagi HTC One X9 ini tidak diketahui bamun memandangkan One A9 hadir dengan Android 6.0 Marshmallow adalah rasional untuk kami perkatakan bahawa One X9 juga akan hadir dengan sistem operasi yang sama.

HTC One X9 akan mempunyai harga penjualan CNY 2,999 iaitu sekitar RM 1,985 dan penjualan akan bermula tidak lama lagi.

Walaupun telah ditawarkan di pasaran China, HTC One A9 dan One X9 masih belum memasuki pasaran Malaysia dan awal tahun hadapan mungkin merupaka detik kita menyaksikan kemasukan telefon pintar ini di sini.

sumber

image

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.