Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Honor 5X akan dilancarkan di Malaysia Januari 2016

image

Honor Malaysia  secara rasminya telah mengumumkan bahawa telefon pintar Huawei Honor 5x yang hadir dengan reka bentuk premium dan spesifikasi pertengahan akan tiba ke pasaran Malaysia didalam masa 12 hari.

Huawei Honor 5X telah dilancarkan di pasaran China pada 28 Oktober lalu dan ditawarkan didalam dua versi yang mana kedua-dua versi ini hanya dibezakan dengan kapasiti RAM iaitu 2GB dan 3GB.

Spesifikasi yang dimiliki oleh Huawei Honor 5X adalah skrin paparan HD penuh berukuran 5.5-inci, pemproses 64-bit Snapdragon 615, GPU Adreno 405, memori simpanan dalam 16GB dan tidak lupa bateri berkapasiti 3,000 mAh ( hadir dengan pengecasan pantas Quick Charge 3.0)

Selain itu, Huawei melakukan sesuatu yang unik pada model ini, walaupun harga penjualan yang bermula dari CNY999 (RM 671) sehingga CNY 1399 (RM 940), Huawei Honor 5X hadir dengan pengesan capjari pantas pada bahagian belakang yang mana ianya mirip Honor 7.

Selain itu, Huawei Honor 5X juga hadir dengan kamera utama 13MP yang disertakan dengan lampu flash dwi-tona dan kamera selfie 5MP.

Huawei Honor 5X juga akan menyokong dua SIM pada rangkaian 4G LTE dan tidak lupa juga slot memori microSD.

Ini bermaksud, Huawei Honor 5X akan mula ditawarkan di pasaran Malaysia pada awal bulan Januari 2016 ( mungkin pada 5 Januari 2016) namun harga penjualan dan versi yang akan ditawarkan masih belum diketahui.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.