Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dokumen Paten mengesahkan reka bentuk akhir Xiaomi Mi 5

mi-5-patent-docs

Awal pagi ini kami telah melaporkan mengenai harga penjualan Xiaomi Mi 5 yang didedahkan dengan reka bentuk yang lebih realistik.

Reka bentuk ini mendedahkan Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan butang fizikal yang kecil dan ianya menempatkan sensor capjari yang  paling kecil didunia dan antara yang terpantas di pasaran.

Kini, satu dokumen hak cipta mendedahkan reka bentuk yang sama sekaligus memberikan kita petanda bahawa ini mungkin reka bentuk akhir Xiaomi Mi 5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Selain dokumen reka bentuk, terdapat juga beberapa gambar asli Xiaomi Mi 5 yang turut disertakan bersama.

Berdasarkan dokumen ini, dapat kita rumuskan bahawa Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan reka bentuk yang sama seperti siri Xiaomi Note namun dengan panel sisi skrin yang lebih nipis.

xiaomi-mi-5-real-02

Selain itu, pada bahagian bawah, terdapat slot USB Type-C yang ditemani dua gril pembesar suara pada bahagian kiri dan kanan.

Xiaomi Mi 5 dilihat akan hadir dengan reka bentuk berasaskan keluli dan mmepunyai panel belakang yang melengkung.

Semakin kita hampir kepada pelancaran Xiaomi Mi 5, lebih banyak maklumat memgenai model telefon pintar ini diketahui dan dokumen hak cipta dan gambar asli ini nampak lebih meyakinkan.

Xiaomi Mi 5 akan hadir dengan skrin paparan berukuran 5.2-inci samada skrin 1080p atau skrin QHD, kamera utama 16MP, kamera selfie 13MP, sokongan dwi-SIM, bateri berkapasiti 3,600mAh dan hadir dengan MIUI 7 yang berasaskan Android Marshmallow.

sumber

xiaomi mi 5 paten

 

xiaomi-mi-5-

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.