Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HTC One X9 disahkan akan dilancarkan pada 24 Disember

image

Telefon pintar terbaru daripada HTC iaitu One X9 telah pun membuat penampilan pada gambar walaupun belum dilancarkan secara rasmi.

Walaubagaimanapun, HTC melalui akaun Weibo mereka telah memuaturun satu gambar yang memberikan petunjuk bahawa telefon pintar ini akan dilancarkan esok iaitu sehari sebelum perayaan Krismas.

Perkataan X mungkin merujuk kepada HTC One X9 yang bakal yang dilancarkan dan butang kapasitif pada bahagian bawah adalah mirip butang yang dimiliki oleh One X9.

Bercakap mengenai spesifikasi yang dimiliki oleh HTC One X9 ini, ianya akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses MediaTek MT6795 berkelajuan 2.2GHz, 2 atau 3GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, One X9 juga hadir dengan kamera utama 13MP yang turut mempunyai OIS dan kebolehan merakam gambar didalam format RAW sama seperti pada HTC One A9, kamera selfie 5MP ( tiada kamera UltraPixel), slot microSD. Selain itu, ukuran dimensi model ini juga telah didedahkan, ianya mempunyai ukuran 153.2mm X 75.9mm X 7.99mm dengan berat 174 gram.

HTC One X9 juga hadir dengan dua pembesar suara ikonik HTC BoomSound dibahagian hadapan (atas dan hadapan).

Maklumat rasmi mengenai spesifikasi dan harga penjualan HTC One X9 akan kami laporkan sejurus selepas majlis pelancaran One X9 ini.

sumber

New-pictures-of-the-HTC-One-X9-1

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.