Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Redmi K50 Gaming kini rasmi dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dan pengecasan 120W

Xiaomi secara rasminya telah melancarkan Redmi K50 Gaming yang merupakan telefon pintar pertama didalam keluarga flagship Redmi K50 Series.

Redmi K50 Gaming hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, RAM jenis LPDDR5, storan dalaman UFS 3.1 dan pengecasan pantas 120W.

Redmi K50 Gaming tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+  dan kadar segar semula 120Hz. Panel ini juga output 10bit warna dan turut dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

Ke bahagian kamera, Redmi K50 Gaming memiliki sensor utama 64MP Sony IMX 686, satu sensor ultrawide 8MP dan sensor telemakro 2MP. Kamera selfie adalah 20MP Sony IMX 596.

Seperti Redmi K40 Gaming, generasi Gaming kali ini juga mempunyai butang trigger pada sisi kanan dan terdapat motor haptik x-axis Xiaomi CyberEngine dan dwi pembesar suara JBL.


Selain itu, haba yang dikeluarkan oleh cip Snapdragon 8 Gen 1 kini diuruskan oleh sistem penyejukan dual vapor chamber (VC).

Beralih kepada bateri, Redmi K50 Gaming mempunyai sel berkapasiti 4,700mAh dengan pengecasan pantas 120W dan ianya boleh dipenuhi didalam masa 17 minit sahaja.

Selain itu, Redmi K50 Gaming juga hadir dengan antaramuka MIUI 13 yang berasaskan Android 12, Wi-Fi 6E dan NFC.


Dalam pada itu, Redmi K50 Gaming juga akan hadir didalam satu edisi khas terhad Mercedes AMG Petronas Formula One Team yang tampil dengan logo dan warna pasukan F1 ini. Telefon pintar ini juga ditawarkan didalam tiga lagi warna iaitu dream color blue, silver dan black.

Berikut adalah harga Redmi K50 Gaming :

Redmi K50 Gaming 8/128GB – CNY 3,299 (RM 2,178)

Redmi K50 Gaming 12/128GB – CNY 3,599 (RM 2,375)

Redmi K50 Gaming 12/256GB – CNY 3,899 (RM 2,574)

Redmi K50 Gaming Mercedes AMG F1 12/256GB – CNY 4,199 (RM 2,711)

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.