Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Xiaomi kini merupakan syarikat telefon pintar No.1 di Malaysia


Xiaomi, jenama teknologi yang tidak asing di Malaysia telah mengumumkan bahawa ianya telah menjadi syarikat telefon pintar No.1 di Malaysia pada tahun 2021.

Menurut laporan terbaru analisa pasaran telefon pintar tempatan, Xiaomi telah mencapai 25% pegangan pasaran pada tahun 2021 iaitu peningkatan sebanyak 93% berbanding pada tahun 2020.

Selain itu, hanya Xiaomi dan Samsung yang berjaya mencapai pertumbuhan positif pada pasaran telefon pintar di Malaysia iaitu masing-masing dengan peningkatan 93% dan 32%.

Ini juga meletakkan Samsung ditempat kedua dengan 22% diikuti vivo di tempat ketiga dengan 18%, Oppo di tempat ke-4 dengan 16% manakala realme di tempat ke-5 dengan 26%.

Dalam pada itu, Xiaomi baru sahaja memperkenalkan Redmi 11 Series di pasaran Malaysia.

Xiaomi Redmi Note 11 Pro 5G dan Redmi Note 11 Pro kini rasmi di Malaysia- harga dari RM 999 sahaja

Redmi Note 11S dan Redmi Note 11 kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM749

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.