Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G kini rasmi di Malaysia pada harga dari RM 3,999


Samsung Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan dua telefon pintar foldable terbaru syarikat ini iaitu Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Samsung Galaxy Z Flip3 5G yang ditawarkan pada harga yang lebih berpatutan.

Samsung Galaxy Z Flip3 5G

Anda pasti sedia maklum bahawa Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G telah mula dibuka untuk pra-tempahan di Malaysia sejak 19 Ogos yang lalu dan kesemua stok bagi Galaxy Z Fold3 5G telah habis terjual.

Walaubagaimanapun, Samsung Malaysia telah membuka pendaftaran yang menawarkan promosi yang sama seperti pra-tempahan dan ianya akan ditawarkan sehingga 21 September ini sahaja.

Daftar untuk pembelian Galaxy Z Fold3 5G di SINI

Selain itu, setiap pembelian Samsung Galaxy Z Fold3 dalam tempoh pra-tempahan akan menerima langganan pelan 1 tahun Samsung Care+ bernilai RM 799 dan baucar Samsung Online Store bernilai RM 850 secara percuma

Samsung Galaxy Z Fold3 akan ditawarkan di Malaysia pada harga RM 6,699 iaitu bagi versi 256GB manakala versi 512GB pula akan ditawarkan pada harga RM 7,099.

Samsung Galaxy Z Fold3 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu Phantom Black, Phantom Silver dan Phantom Green.

Proses pengambilan/penghantaran Galaxy X Fold3 5G akan bermula pada 5 November 2021.

Samsung Galazy Z Flip3 5G

Samsung Galaxy Z Flip3 5G pula akan ditawarkan pada harga RM 3,999 iaitu bagi versi 128GB manakala versi 256GB pula akan ditawarkan pada harga RM 4,199.

Selain itu, setiap pembelian Samsung Galaxy Z Flip3 didalam tempoh pra-tempahan akan menerima langganan pelan 1 tahun Samsung Care+ bernilai RM 699 dan baucar Samsung Online Store bernilai RM 600 secara percuma.

Samsung Galaxy Z Flip3 akan ditawarkan didalam warna Cream, Phantom Black, Green dan Lavender. Samsung juga menawarkan tiga warna tambahan eksklusif di Samsung.com iaitu Gray, White dan Pink.

Pra-tempah Samsung Galaxy Z Flip3 5G di SINI

Pandangan Pertama Samsung Galaxy Z Flip3 5G – Telefon Pintar Foldable Untuk Semua

Promosi Baharu mulai 22 September – 31 Oktober 2021

Mulai 22 September 2021, Samsung Galaxy Z Fold3 dan Samsung Galaxy Z Flip3 akan hadir dengan promosi yang tidak kurang menariknya.

Setiap pembelian Samsung Galaxy Z Fold3 5G akan menerima e-baucar bernilai RM 500 dan Samsung Care+ bernilai RM bernilai RM 799.

Dalam pada itu, setiap pembelian Samsung Galaxy Z Flip3 5G pula akan menerima e-baucar bernilai RM 350 dan Samsung Care+ bernilai RM 699.

Akhir sekali, setiap pembelian Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Samsung Galaxy Z Flip3 5G juga membolehkan anda menikmati diskaun 30% bagi pembelian aksesori peranti ini (sehingga 3 aksesori ).

Selain itu, Samsung Malaysia juga telah mengumumkan bahawa Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3 akan mula dipamerkan di Samsung  Experience Store dari 22 September ini untuk anda cuba dan alami sendiri pengalaman menggunakan inovasi terbaru Samsung ini.

Akhir sekali, Samsung Galaxy Z Fold3 dan Samsung Galaxy X Flip3 5G akan turut ditawarkan melalui syarikat telekomunikasi utama di Malaysia iaitu Maxis, Celcom, Digi dan U Mobile.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.