Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandangan Pertama Samsung Galaxy Z Flip3 5G – Telefon Pintar Foldable Untuk Semua


Pandangan Pertama Samsung Galaxy Z Flip3 5G Malaysia

Kemajuan teknologi didalam industri telefon pintar telah membolehkan syarikat gergasi seperti Samsung mula mengambil langkah berani dengan memperkenalkan telefon pintar yang dianggap sebagai’masa hadapan telefon pintar’.

Pelancaran Samsung Galaxy Fold beberapa tahun lalu telah membuka kemungkinan baharu kepada syarikat ini untuk memperkenalkan telefon pintar dengan skrin boleh lipat yang lebih pratikal dan mampu dimiliki oleh rata-rata pengguna dipasaran.

Pada tahun 2020, Samsung telah memperkenalkan Samsung Galaxy Z Flip, satu lagi iterasi telefon pintar foldable yang lebih kompak namun ianya masih dilihat sebagai sebuah peranti yang tidak kukuh dan lebih diklasifikasikan sebagai sebuah telefon pintar mewah.

Setahun ke hadapan, Samsung secara rasminya telah melancarkan Samsung Galaxy Z Flip3 yang kini hadir dengan reka bentuk yang kukuh dan pada harga yang lebih mesra poket.

Anda pasti ternyata bahawa model tahun ini sepatutnya adalah generasi kedua Galaxy Z Flip, namun ianya telah dinamakan sebagai Galaxy Z Flip3 bagi menjadikanya konsisten dengan Samsung Galaxy Z Fold3.

Atas ikhsan Samsung Mobile Malaysia, kami telah menerima unit reviu Samsung Galaxy Z Flip3 namun sebelum melakukan reviu, berikut adalah pandangan pertama kami mengenai telefon pintar  terbaru Galaxy ini.


Kotak yang lebih nipis – tiada adapter pengecasan

Ini mungkin merupakan sesuatu yang tidak penting, namun selepas Samsung Galaxy S21 Series tidak lagi tampil dengan adapter pengecasan dalam kotak, Samsung Galaxy Z Flip3 juga kini tidak lagi menawarkan adapter pengecasan dalam kotak pembelian.

Ini bermaksud, kotak Samsung Galaxy Z Flip3 ini adalah lebih nipis dengan kemasan dwi-tona (hitam + kelabu) dan penjenamaan Z.


Didalam kotak, pembeli akan menerima satu unit Galaxy Z Flip3, satu kabel USB-C kepada USB-C dan beberapa helai kertas yang termasuk kad waranti, cara pengaktifan Samsung Pay dan langkah-langkah keselamatan menggunakan telefon pintar unik ini.


Telefon pintar foldable pertama paling lasak di pasaran (bersama-sama Galaxy Z Fold3)

Samsung Galaxy Z Flip3 adalah sebuah telefon pintar yang direka untuk mengharungi segala aspek dan kemungkinan didalam kehidupan seharian tanpa sebarang masalah.

Permulaan sesebuah telefon pintar adalah dari rangka dan Samsung telah menggunakan rangka Armor Aluminum yang didakwa lebih tahan lasak manakala bahagian skrin telefon pintar ini pula dilengkapi gelas keselamatan paling kukuh dipasaran iaitu Gorilla Glass Victus.

Satu lagi ciri yang akan memberikan anda ketenangan minda tambahan adalah untuk mengetahui Samsung berjaya melakukan sesuatu yang mustahil apabila telefon pintar dengan skrin boleh lipat ini juga mempunyai pensijilan kalis air IPX8 yang bermaksud ianya mampu bertahan pada kedalaman 1.5 meter untuk tempoh 30 minit.

Walaubagaimanapun, harus kami ingatkan bahawa pensijilan IPX8 tidak melindungi Samsung  Galaxy Z Flip3 ini daripada habuk atau partikel kecil yang bermaksud anda tidak patut menggunakanya di kawasan berhabuk atau berpasir seperti pantai.


Samsung Galaxy Z Flip3 – skrin paparan Infinity Flex 120Hz dan Cover Skrin yang lebih besar

Apabila bercakap mengenai telefon pintar foldable, kebanyakkan telefon pintar didalam kategori ini akan mempunyai dua panel skrin iaitu satu dibahagian luar (ketika skrin utama di lipat) dan skrin utama dibahagian dalam.

Samsung Galaxy X Flip3 juga mempunyai dua skrin iaitu satu panel skrin utama Dynamic AMOLED 2x Infinix Flex berukuran 6.7-inci yang juga mempunyai kadar segar semula 120Hz.

Pengunaan panel skrin utama dengan kadar segar semula 120Hz meletakkan telefon pintar ini setaraf peranti flagship lain dipasaran namun dengan kelebihan sebagai telefon pintar foldable.

Pada bahagian luar pula, Samsung Galaxy Z Flip3 5G ini juga tampil dengan cover screen berukuran 1.9-inci yang lebih besar berbanding apa yang ditawarkan pada generasi sebelum ini.

Skrin ini juga merupakan panel AMOLED yang menawarkan anda akses pantas kepada beberapa fungsi penting tanpa perlu membuka panel skrin utama.

Panel cover screen yang dimiliki Galaxy Z Flip3 ini juga mempunyai sokongan Always On Display yang memberikan anda paparan waktu dan notifikasi penting.

Reka Bentuk Ikonik dengan 7 warna menarik!

Samsung Galaxy Z Flip3 adalah sebuah telefon pintar yang mempunyai reka bentuk yang ikonik dan ianya sudah pastinya menonjol ketika digunakan.


Bercakap mengenai warna yang ditawarkan, Samsung Galaxy Z Flip3 5G hadir didalam 7 pilihan warna iaitu Cream, Phantom Black dan Green, Lavender manakala 3 lagi warna yang eksklusif di Samsung.com adalah gray, pink dan white.

Pra-tempah Samsung Galaxy Z Flip hari ini dan dapatkan e-baucar Samsung bernilai RM 600 dan perlindungan skrin Samsung Care+ bernilai RM 699 secara percuma.

Pra-tempah Samsung Galaxy Z Flip3 5G di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.