Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i dilancarkan dengan teknologi quad-kamera dan Kirin 810

Huawei secara rasminya telah melancarkan tiga model telefon pintar didalam siri Nova iaitu Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i.

Huawei Nova 5 Pro dan Nova 5 mempunyai reka bentuk yang sama dan ianya hadir dengan skrin paparan waterdrop OLED berukuran 6.39-inci dengan resolusi FHD+.

Selain itu, persamaan antara kedua-dua telefon pintar Nova 5 Pro dan Nova 5 adalah tetapan quad-kamera dibelakang iaitu kombinasi sensor utama 48MP, sensor lensa lebar 16MP, sensor kedalaman 2MP dan sensor makro 2MP.

Selain itu, Nova 5 Pro dan Nova 5 juga berkongsi kapasiti bateri yang sama iaitu 3,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W dan tidak lupa sensor capjari terbina pada skrin.

Beralih kepada pemproses dalaman, Nova 5 Pro disertakan dengan pemproses flagship Kirin 980 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB/256GB memori simpanan dalaman.

Huawei Nova 5 pula hadir dengan pemproses terbaru Kirin 810 dengan 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Bagi yang lebih kepada telefon pintar bajet, Huawei Nova 5i mungkin lebih menarik bagi anda.

Ianya hadir dengan skrin paparan hole-punch (bukan OLED), pemproses Kirin 710, dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 6GB/64GB atau 8GB/128GB, bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Selain itu, Huawei Nova 5i juga memiliki tetapan 4 kamera dibelakang namun sensor yang berlainan dari Nova 5 Pro dan Nova 5 iaitu sensor utama 24MP+ sensor lensa lebar 8MP + sensor kedalaman 2MP + sensor makro 2MP.

Huawei Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i hadir dengan EMUI 9.1 yang berasaskan Android Pie, kamera selfie 32MP dan sokongan kad memori NM (Nova 5 Pro dan Nova 5).

Berikut adalah harga kesemua model didalam siri Huawei Nova 5

Huawei Nova 5 Pro 8/128GB – CNY 2,999 (RM 1,816)

Huawei Nova 5 Pro 8/256GB – CNY 3,399 (RM

Huawei Nova 5 8GB/128GB – CNY 2,999 (RM 1,816)

Huawei Nova 5i 6GB/64GB – CNY 1,999 ( RM 1,206)

Huawei Nova 5i 8GB/128GB – CNY 2,199 (RM 1,328).

Info selanjutnya sila melayari https://www.huawei.com

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.