Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i dilancarkan dengan teknologi quad-kamera dan Kirin 810

Huawei Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i dilancarkan dengan teknologi quad-kamera dan Kirin 810 1

Huawei secara rasminya telah melancarkan tiga model telefon pintar didalam siri Nova iaitu Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i.

Huawei Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i dilancarkan dengan teknologi quad-kamera dan Kirin 810 2

Huawei Nova 5 Pro dan Nova 5 mempunyai reka bentuk yang sama dan ianya hadir dengan skrin paparan waterdrop OLED berukuran 6.39-inci dengan resolusi FHD+.

Huawei Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i dilancarkan dengan teknologi quad-kamera dan Kirin 810 3

Selain itu, persamaan antara kedua-dua telefon pintar Nova 5 Pro dan Nova 5 adalah tetapan quad-kamera dibelakang iaitu kombinasi sensor utama 48MP, sensor lensa lebar 16MP, sensor kedalaman 2MP dan sensor makro 2MP.

Huawei Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i dilancarkan dengan teknologi quad-kamera dan Kirin 810 4

Selain itu, Nova 5 Pro dan Nova 5 juga berkongsi kapasiti bateri yang sama iaitu 3,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W dan tidak lupa sensor capjari terbina pada skrin.

Huawei Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i dilancarkan dengan teknologi quad-kamera dan Kirin 810 5

Beralih kepada pemproses dalaman, Nova 5 Pro disertakan dengan pemproses flagship Kirin 980 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan 128GB/256GB memori simpanan dalaman.

Huawei Nova 5 pula hadir dengan pemproses terbaru Kirin 810 dengan 8GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Huawei Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i dilancarkan dengan teknologi quad-kamera dan Kirin 810 6

Bagi yang lebih kepada telefon pintar bajet, Huawei Nova 5i mungkin lebih menarik bagi anda.

Ianya hadir dengan skrin paparan hole-punch (bukan OLED), pemproses Kirin 710, dua konfigurasi RAM dan ROM iaitu 6GB/64GB atau 8GB/128GB, bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Selain itu, Huawei Nova 5i juga memiliki tetapan 4 kamera dibelakang namun sensor yang berlainan dari Nova 5 Pro dan Nova 5 iaitu sensor utama 24MP+ sensor lensa lebar 8MP + sensor kedalaman 2MP + sensor makro 2MP.

Huawei Nova 5 Pro, Nova 5 dan Nova 5i hadir dengan EMUI 9.1 yang berasaskan Android Pie, kamera selfie 32MP dan sokongan kad memori NM (Nova 5 Pro dan Nova 5).

Berikut adalah harga kesemua model didalam siri Huawei Nova 5

Huawei Nova 5 Pro 8/128GB – CNY 2,999 (RM 1,816)

Huawei Nova 5 Pro 8/256GB – CNY 3,399 (RM

Huawei Nova 5 8GB/128GB – CNY 2,999 (RM 1,816)

Huawei Nova 5i 6GB/64GB – CNY 1,999 ( RM 1,206)

Huawei Nova 5i 8GB/128GB – CNY 2,199 (RM 1,328).

Info selanjutnya sila melayari https://www.huawei.com

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.