Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempahan Xiaomi Black Shark 2 kini dibuka pada harga dari RM 2,499

Telefon pintar gaming Xiaomi Black Shark 2 telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 1 April ini.

Xiaomi Black Shark 2 kini telah dibuka untuk tempahan melalui Mobile 2 Go dengan stok bagi telefon pintar ini akan tiba pada 2 April 2019.

Xiaomi Black Shark 2 akan ditawarkan didalam dua kapasiti RAM dan memori dalaman iaitu 8GB+128GB pada harga RM 2,499 dan 12GB+256GB pada harga RM 2,999.

Menyentuh mengenai spesifikasi, Xiaomi Black Shark 2 hadir dengan skrin paparan super AMOLED berukuran 6.39-inci yang hadir dengan teknologi sensitif tekanan yang membolehkan anda menetapkan bahagian kanan dan kiri skrin sebagai butang ketika gaming.

Xiaomi Black Shark 2 juga hadir pemproses Snapdragon 855, kapasiti RAM dari 6GB sehingga 12GB, memori dalaman 128GB atau 256GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang memiliki sokongan pengecasan pantas 27W.

Pengalaman gaming pada Xiaomi Black Shark 2 juga dijangka lebih selesa dan optimum khususnya dengan pengunaan teknologi penyejukan cecair ‘vapor chamber’.

Jika kebanyakkan telefon pintar gaming di pasaran tidak memfokuskan kepada teknologi kamera yang terbaik, lain pula ceritanya pada Xiaomi Black Shark 2 kerana telefon pintar ini hadir dengan tetapan dwi-kamera 48MP+12MP dibahagian belakang selain kamera selfie 20MP.

Selain itu, Xiaomi Black Shark 2 akan turut hadir dengan sensor capjari ultrasonik terbina pada skrin dan beberapa aksesori khas gaming boleh dipasangkan pada peranti.

Tempahan bagi Xiaomi Black Shark 2 boleh anda lakukan di secara atas talian di Sini atau di mana-mana stor Mobile 2 Go seperti yang tertera pada pautan sumber dibawah.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.