Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tempahan Xiaomi Black Shark 2 kini dibuka pada harga dari RM 2,499

Tempahan Xiaomi Black Shark 2 kini dibuka pada harga dari RM 2,499 1

Tempahan Xiaomi Black Shark 2 kini dibuka pada harga dari RM 2,499 2

Telefon pintar gaming Xiaomi Black Shark 2 telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 1 April ini.

Xiaomi Black Shark 2 kini telah dibuka untuk tempahan melalui Mobile 2 Go dengan stok bagi telefon pintar ini akan tiba pada 2 April 2019.

Xiaomi Black Shark 2 akan ditawarkan didalam dua kapasiti RAM dan memori dalaman iaitu 8GB+128GB pada harga RM 2,499 dan 12GB+256GB pada harga RM 2,999.

Tempahan Xiaomi Black Shark 2 kini dibuka pada harga dari RM 2,499 3

Menyentuh mengenai spesifikasi, Xiaomi Black Shark 2 hadir dengan skrin paparan super AMOLED berukuran 6.39-inci yang hadir dengan teknologi sensitif tekanan yang membolehkan anda menetapkan bahagian kanan dan kiri skrin sebagai butang ketika gaming.

Xiaomi Black Shark 2 juga hadir pemproses Snapdragon 855, kapasiti RAM dari 6GB sehingga 12GB, memori dalaman 128GB atau 256GB dan bateri berkapasiti 4,000mAh yang memiliki sokongan pengecasan pantas 27W.

Tempahan Xiaomi Black Shark 2 kini dibuka pada harga dari RM 2,499 4

Pengalaman gaming pada Xiaomi Black Shark 2 juga dijangka lebih selesa dan optimum khususnya dengan pengunaan teknologi penyejukan cecair ‘vapor chamber’.

Tempahan Xiaomi Black Shark 2 kini dibuka pada harga dari RM 2,499 5

Jika kebanyakkan telefon pintar gaming di pasaran tidak memfokuskan kepada teknologi kamera yang terbaik, lain pula ceritanya pada Xiaomi Black Shark 2 kerana telefon pintar ini hadir dengan tetapan dwi-kamera 48MP+12MP dibahagian belakang selain kamera selfie 20MP.

Selain itu, Xiaomi Black Shark 2 akan turut hadir dengan sensor capjari ultrasonik terbina pada skrin dan beberapa aksesori khas gaming boleh dipasangkan pada peranti.

Tempahan bagi Xiaomi Black Shark 2 boleh anda lakukan di secara atas talian di Sini atau di mana-mana stor Mobile 2 Go seperti yang tertera pada pautan sumber dibawah.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.