Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy M20 habis dijual di Shopee, penjualan berikut pada 22 dan 27 Mac 2019

Samsung Galaxy M20 yang mula ditawarkan secara eksklusif secara online di Shopee pada 20 Mac telah mendapat sambutan yang luar biasa dengan 60 unit Galaxy M20 disambar didalam masa satu saat.

Galaxy M20 ini merupakan  telefon pintar pertama Samsung untuk hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh pada harga penjualan bawah RM 1,000.

Disebabkan sambutan yang luar biasa bagi Galaxy M20 ini, Samsung dan Shopee telah memutuskan untuk mengadakan dua lagi penjualan khas Galaxy M20 iaitu pada 22 Mac (esok) dan 27 Mac (Rabu hadapan) tepat pada jam 9 pagi dengan harga penjualan RM 799 dan kami mempunyai kod diskaun khas yang memberikan potongan tambahan sebanyak RM 25.

Samsung Galaxy M20 hadir dengan skrin paparan TFT Infinity-V berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+, pemproses Exynos 7904, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, tarikan terbesar telefon pintar terbaru Samsung Galaxy M20 ini adalah bateri berkapasiti 5,000mAh yang turut hadir dengan sistem pengunaan tenaga yang efisien dan teknologi pengecasan pantas 15W yang didakwa 3 kali lebih pantas berbanding pengecasan biasa dan ianya dilakukan melalui slot USB-C.

Samsung Galaxy M20 juga hadir dengn teknologi keselamatan yang menyeluruh iaitu sensor capjari dan pengecaman wajah.

Selain itu, kamera Samsung Galaxy M20 juga sesuatu yang mengagumkan iaitu tetapan dwi-kamera 13MP dengan aperture f/1.9 yang dipadankan dengan lensa lebar 5MP dengan apeture f/2.2 manakala kamera selfie adalah unit 8MP dengan aperture f/2.0.

Samsung Galaxy M20 ini akan ditawarkan pada harga RM 799 dan kod diskaun Shopee yang memberikan anda diskaun tambahan RM 25 adalah : 25MOBILEFOKUS (terhad kepada 100 tebusan pertama melalui aplikasi Shopee).

beli Galaxy M20 melalui Shopee di  Samsung Official Store Shopee

Setiap pembelian Galaxy M20 melalui Shopee juga akan menerima hadiah percuma eksklusif.

Samsung Galaxy M20 turut ditawarkan secara atas talian di stor Samsung pada harga RM 799 tapi tak ada diskaun tambahan RM 25

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.