Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Video : Pandangan pertama dan unboxing Samsung Galaxy S10+ Malaysia

Video : Pandangan pertama dan unboxing Samsung Galaxy S10+ Malaysia 1

Samsung Galaxy S10+ yang dilancarkan bersama-sama Galaxy S10e dan Galaxy S10 telah mula ditawarkan di Malaysia sejak awal bulan ini dan ianya hadir dengan harga penjualan dari RM 3,699 sehingga RM 4,599.

Samsung Galaxy S10+ merupakan model paling premium antara tiga model ini, ianya hadir dengan skrin paparan Dynamic AMOLED berukuran 6.4-inci yang mempunyai resolusi 1440p+, pemproses Snapdragon 855 atau Exynos 9820 bergantung kepada pasaran, 8GB RAM, 128GB memori dalaman dan terdapat varian premium yang memiliki 12GB RAM dan 1TB memori dalaman.

Bercakap mengenai kamera, Samsung Galaxy S10+ hadir dengan tetapan tiga kamera dibahagian belakang dimana dua daripada sensor ini hadir dengan resolusi 12MP namun dengan jenis sensor yang berlainan iaitu sensor utama dengan pemfokusan Dual Pixel dan OIS dengan apeture berubah antara f/1.5 atau f/2.4, sensor telefoto dengan OIS dan PDAF selain sensor lensa lebar 16MP dengan FOV 123°.

Selain itu, Galaxy S10+ juga hadir dengan sensor capjari terbina pada skrin ultrasonik yang tepat dan telah mendapat pengiktirafan FIDO.

Pada bahagian hadapan, Galaxy S10+ hadir dengan kamera selfie dwi-sensor iaitu 10MP+8MP dengan kebolehan merakam video 4K.

Samsung Galaxy S10+ juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,100mAh yang memiliki sokongan pengecasan pantas Samsung Adaptive Fast Charge 15W dan pengecasan pantas tanpa wayar 2.0.

Galaxy S10+ juga hadir dengan mod pengecasan terbalik membolehkan anda mengecas peranti lain secara terus tanpa wayar dan ianya turut boleh berfungsi sebagai pad pengecasan peranti lain.

Harga penjualan Samsung Galaxy S10+ adalah seperti berikut :

Galaxy S10+ 8GB + 128GB – RM 3,699

Galaxy S10+ 8GB + 512GB – RM 4,599

Beli Samsung Galaxy S10+ di SiNi 

Kami berharap anda menyukai video Galaxy S10+ kami yang serba ringkas ini,kalau tak suka pun kongsikan video ini, mana tahu rakan anda suka ke 😜

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.