Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F11 Pro juga dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 sahaja

Oppo Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru didalam siri F iaitu F11 Pro ke pasaran tempatan dengan harga penjualan RM 1,399 sahaja *terkini, Oppo kini menawarkan F11 Pro pada harga RM 1,299 sahaja

Pelancaran Oppo F11 Pro ke pasaran Malaysia menyusul selepas model ini dilancarkan di pasaran India bersama-sama Oppo F11.

Oppo F11 Pro hadir dengan skrin paparan ‘panoramic’ IPS LCD FHD+ berukuran 6.5-inci dengan nisbah skrin kepada badan 90.9%, 6GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan pemproses MediaTek Helio P70.

F11 Pro juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 yang mana pengecasan penuh hanya mengambil masa 80 minit namun ianya hadir dengan slot microUSB.

Bercakap mengenai kamera pula, Oppo F11 dan F11 Pro hadir dengan kamera utama 48MP dengan aperture f/1.79 selain kamera ‘pengesan kedalaman’ 5MP dengan f/2.4 .

Kamera Oppo F11 Pro juga hadir dengan mod penggambaran malam Ultra Night dan Coloue Dazzle yang memanfaatkan teknologi AI.

Kamera ini hadir dengan sokongan pengambilan gambar waktu malam Ultra Night, pengesan adengan AI,  Color Mapping dan tidak lupa kamera selfie 16MP f/2.0 yang hadir dengan mekanisma pop-up yang dikatakan mempunyai ketahanan selama 6 tahun dengan pengunaan purata sebanyak 100 kali sehari.

Oppo F11 Pro juga hadir dengan sistem operasi ColorOS 6 yang terkini, mod gaming HyperBoost dan persekitaran khas gaming iaitu Game Space dan Game Assistant.

Oppo F11 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan hijau aurora.

Tempahan Oppo F11 Pro kini telah dibuka sehingga 29 Mac dan anda hanya perlu membayar deposit RM 100 sebelum melakukan bayaran penuh ketika mengambil peranti di stor konsep Oppo pilihan anda (pengambilan adalah pada 30 Mac 2019).

Tempah Oppo F11 di sini

Tempahan Oppo F11 Pro akan turut menerima pembesar suara Bluetooth Olike, waranti tambahan selama setahun,  waranti skrin selama setahun dan subsidi petrol RM 50 yang terhad.

Tempahan juga boleh dibuat melalui Senheng, Urban Republic dan Celcom BlueCube.

*Oppo F11 Pro kini ditawarkan pada harga RM 1,299 dan bukanya RM 1,399 seperti diumumkan ketika pelancaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.