Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Siri Samsung Galaxy M akan dilancarkan pada 28 Januari ini

Siri Samsung Galaxy M kini telah disahkan akan dilancarkan ke pasaran pada 28 Januari dan pasaran India terpilih sebagai antara pasaran terawal untuk menerima siri telefon pintar baru Samsung ini.

Samsung Galaxy M dijangka akan hadir didalam tiga varian iaitu Galaxy M10, Galaxy M20 dan Galaxy M30.

Bercakap mengenai reka bentuk, kesemua model didalam siri Galaxy M ini akan hadir dengan panel skrin teardrop atau Infinity-V seperti yang dinamakan oleh Samsung dengan saiz skrin adalah 6.0-inci bagi M10, 6.13-inci bagi M20 dan 6.3-inci bagi M30.

Selain itu, kesemua model didalam siri baru ini dijangka akan memiliki tetapan dwi-kamera lensa lebar, bateri berkapasiti 3,400-5,000mAh, pengecasan pantas melalui slot USB-C, pemproses Exynos dan banyak lagi.

Selepas ke pasaran India, siri Samsung Galaxy M ini dijangka akan memasuki pasaran lain termasuk Asia dan Eropah.

Comments

comments