Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S10 akan dilancarkan secara rasmi 21 Februari 2019

Tahun baru bermaksud pelancaran generasi telefon pintar baru daripada pengeluar telefon pintar utama dunia.

Samsung Mobile merupakan antara syarikat yang akan melancarkan telefon pintar flagship Galaxy S pada awal tahun sebelum pelancaran siri Galaxy Note pada penghujung tahun.

Samsung Mobile kini secara rasminya telah bahawa generasi baru telefon pintar Galaxy S yang memasuki generasi ke-10 akan dilancarkan pada 21 Februari ini (3 pagi waktu Malaysia).

Selain itu, Samsung juga telah membuka pra pendaftaran bagi Samsung Galaxy S10 yang membolehkan anda menjadi antara yang pertama mengetahui mengenai harga, tarikh penawaran dan promosi yang akan ditawarkan bagi telefon pintar ini di Malaysia.

Samsung Galaxy S10 ini mungkin turut hadir didalam moniker Plus yang akan hadir dengan panel skrin, kapasiti RAM dan bateri yang lebih besar.

Seperti sebelum ini, pra-tempahan bagi Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus mungkin dibuka beberapa hari selepas pelancaran rasmi.

Daftar minat Galaxy S10 di SiNi

Tonton majlis pelancaran Galaxy S10 di SiNi

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.