Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 10 Lite mula dijual pada 9 Januari 2019 di Hihonor dan Lazada

Honor 10 Lite telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 8 Januari ini dan penjualan telefon pintar Honor yang baru ini akan mula dijual pada 9 Januari 2019 (jam 10 pagi) secara eksklusif di platform http://hihonor.com/my dan Lazada.

Apa yang menarik adalah, bagi yang melakukan pembelian di Lazada sebelum pukul 1 petang, Honor 10 Lite baru anda akan dihantar kepada pada hari yang sama dengan syarat anda bermastatutin di Lembah Klang.

Selain itu, bagi yang melakukan pembelian selepas pukul 1 petang sehingga 11.59 malam, Honor 10 Lite anda akan dihantar pada hari berikutnya.

Bercakap mengenai Honor 10 Lite ini, ianya akan hadir dengan skrin paparan IPS LCD FHD+ berukuran 6.21-inci dengan nisbah skrin kepada badan 83.1%, pemproses Kirin 710, 3GB RAM dan 32GB/64GB memori simpanan dalaman

Selain itu, Honor 10 Lite ini juga hadir dengan tetapan dwi-kamera dibahagian belakang iaitu sensor 13MP f/1.8 dan sensor bokeh/portrait 2MP manakala kamera selfie adalah 24MP yang turut memiliki teknologi AI.

Honor 10 Lite dijangka akan hadir dengan sistem operasi Android 9.0 Pie, bateri berkapasiti 3,400mAh dan slot dwi-SIM hibrid.

Buat masa sekarang masih belum ada maklumat harga Honor 10 Lite diketahui namun ianya akan diumumkan ketika majlis pelancaran Honor 10 Lite di Malaysia yang akan berlangsung pada 8 Januari 2019.

Selain itu, Honor Malaysia turut mengadakan peraduan jawab dan menang yang membolehkan anda memenangi Honor 10 Lite secara percuma.

Beli Honor 10 Lite melalui Lazada di Sini

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.