Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8X merupakan telefon pintar Honor paling laris di Malaysia

Honor 8X telah mula dijual di pasaran Malaysia mulai 12 Oktober 2018 dan tempahan yang dibuka telah menyaksikan sebanyak 1,000-unit Honor 8X habis ditempah didalam masa 20 minit sahaja.

Tidak cukup dengan pencapaian itu, Honor Malaysia kini telah mengesahkan bahawa Honor 8X merupakan telefon pintar Honor paling laris dipasaran Malaysia.

5 fakta yang anda perlu tahu tentang Honor 8X

Selepas tamat roadshow Honor 8X yang telah berlangsung pada hujung minggu, Honor Malaysia mengesahkan bahawa telefon pintar ini telah kehabisan stok.

Pencapaian Honor 8X yang menjadi telefon pintar Honor paling laris di Malaysia membuktikan bahawa ianya model dengan spesfikasi dan harga penjualan yang sangat kompetitif.

Jika anda terlepas untuk memiliki Honor 8X pada mana-mana saluran penjualan sebelum ini, anda tidak perlu risau kerana Honor 8X akan ditawarkan lagi pada 19 Oktober ini (penjualan bermula tepat jam 9 pagi) di Hihonor dan Shopee.

Selain itu, bagi 500 pembeli pertama pada 19 Oktober ini anda akan menerima jam Honor Band 3 dan Bauchar Hihonor RM 50 bersama-sama Honor 8X (jika beli di Shopee akan menerima RM 50 Shopee Coin).

Beli Honor 8X melalui Hihonor

Beli Honor 8X melalui Shopee

 

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.