Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

5 fakta yang anda perlu tahu tentang Honor 8X

Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar Honor 8X akan memasuki pasaran Malaysia pada 9 Oktober ini dan ianya merupakan antara model yang yang dinanti-nantikan pelancaranya di Malaysia.

Berikut adalah apa yang anda perlu tahu mengenai Honor 8X.

Reka bentuk premium berasaskan gelas

Honor 8X merupakan telefon pintar kelas pertengahan yang hadir dengan reka bentuk premium berasaskan gelas dibahagian hadapan dan belakang.

Reka bentuk ini bukan lah sesuatu yang baru dipasaran namun telefon pintar ini membuktikan prinsip Honor yang ingin menawarkan telefon pintar dengan reka bentuk premium kelas flagship tidak kira pada tahap harga bajet.

Skrin paparan dengan nisbah skrin kepada rangka 91%

Honor 8X hadir dengan skrin paparan 19:5:9 berukuran 6.5-inci dengan resolusi 23540 x 1080 atau FHD+.

Skrin paparan Honor 8X ini mempunyai nisbah skrin kepada badan yang amat tinggi iaitu 91% dan notch pada telefon pintar ini juga sangat minima.

Telefon pintar pertama Honor dengan Pemproses Kirin 710

Honor 8X menjadi telefon pintar pertama Honor untuk hadir dengan pemproses kelas pertengahan Kirin 710 yang dilancarkan baru-baru ini.

Pemproses Kirin 710 ini dibangunkan sebagai pengganti kepada pemproses Kirin 659 yang digunakan pada peranti kelas pertengahan tahun lalu.

Sebagai rekod, telefon pintar pertama untuk menggunakan pemproses Kirin 710 adalah Huawei Nova 3i.

Kamera AI seperti telefon pintar flagship

Selain reka bentuk kelas flagship, Honor 8X turut memiliki teknologi Kamera flagship iaitu dengan berasaskan teknologi AI yang telah menjadi aspek penting didalam teknologi fotografi pada telefon pintar.

Tetapan dwi-kamera AI yang dimiliki oleh Honor 8X adalah kombinasi kamera 20MP f/1.8 + 2MP selain kamera selfie 16MP.

Dengan AI, Honor 8X akan menawarkan anda pelabagai tetapan penggambaran yang ditawarkan mengikut keadaan sekeliling ketika anda ingin mengambil gambar.

GPU Turbo dan 4D Smart Shock

Walaupun tidak memiliki pemproses Kirin 970, Honor 8X akan turut hadir dengan GPU Turbo dan gegaran peranti ketika gaming yang dikenali sebagai 4D Smart Shock.

GPU Turbo adalah satu kemaskini perisian dalaman yang mampu meningkatkan kuasa pemprosesan grafik sebanyak 60% dan pada masa yang sama menawarkan penjimatan tenaga sehingga 30%.

Honor 8X akan dilancarkan secara rasmi didalam masa 10 hari sahaja lagi, nantikan ulasan dan laporan penuh mengenai harga dan maklumat penjualan telefon pintar ini di mobilefokus.com

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.