Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F9 tiba di Malaysia 16 Ogos ini – apa yang kami tahu setakat ini

 

Oppo Malaysia telah mengesahkan bahawa telefon pintar terbaru didalam siri F iaitu Oppo F9 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 16 Ogos ini.

Oppo F9 nampaknya akan hadir dengan teknologi skrin yang dikenali sebagai ‘water-drop screen’ yang mana takukan pada skrin Oppo F9 ini adalah seperti jatuhan air terjun dengan nisbah skrin kepada rangka yang amat tinggi iaitu 90.8%

Selain itu,Oppo F9 Pro ini akan menjadi model pertama didalam siri F untuk hadir dengan teknologi dwi-kamera dibahagian belakang dan Oppo juga telah mengesahkan ianya adalah kombinasi kamera 16MP + 2MP.

Oppo F9 juga telah disahkan akan hadir dengan pengecasan pantas Oppo VOOC yang mana anda akan mempunyai dua jam pengunaan peranti dengan hanya 5 minit pengecasan namun masih belum dapat disahkan samada ianya melalui slot USB-C seperti pada Find X atau masih mengekalkan pengunaan slot USB 2.0.

Selain itu, Oppo F9 juga telah disahkan akan hadir dengan reka bentuk panel belakang gradient yang bercorakan bunga iaitu dalam tiga warna menarik iaitu merah, ungu dan biru.

Buat masa ini maklumat spesifikasi Oppo F9 yang lain masih belum diketahui namun majlis pelancaran rasmi hanya berbaki 10 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.