Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar gaming Honor Play akan dilancarkan di Malaysia pada 7 Ogos 2018

Honor nampaknya akan memperkenalkan telefon pintar gaming mereka ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Bercakap mengenai Honor Play ini, ianya hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci (2340 x 1080), pemproses kelas flagship Kirin 970 yang turut digunakan pada Honor View 10 dan Honor 10, 4GB RAM, 64GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,750mAh dengan pengecasan pantas melalui port USB-C.

Sebagai peranti yang memfokuskan kepada gaming, Honor Play ini memiliki banyak penambahan dari segi perisian antaranya adalah mod GPU Turbo dan sokongan AI yang menawarkan pengalaman getaran peranti yang sama seperti Sony DualShock yang ditawarkan pada Sony PlayStation.

Selain itu, Honor Play juga hadir dengan kamera belakang 16MP + 2MP yang memiliki teknologi AI seperti pada Honor 10, kamera selfie 16MP yang menawarkan sokongan Bokeh dan 3D portrait.

Honor Play ini telah disahkan akan dilancarkan di Malaysia pada 7 Ogos ini dan ketika itu kita segala maklumat penjualan dan harga di Malaysia akan diumumkan.

Comments

comments