Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Nokia X5 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 607

HMD Global secara rasminya telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka iaitu Nokia X5 atau Nokia 5.1 Plus yang hadir dengan reka bentuk skrin ‘notch’.

Nokia X5 ini hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 5.86-inci dengan nisbah skrin-kepada-rangka 84%, pemproses MediaTek Helio P60, 3GB  atau 4GB RAM yang dipadankan bersama 32GB atau 64GB storan dalaman.

Nokia X5 ini juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang, kamera utama 13MP + 5MP  dengan aperture f/2.0, kamera selfie 8MP dengan aperture f/2.2 yang turut menyokong mod AI Portrait.

Nokia X5 ini juga memiliki bateri berkapasiti 3,060mAh, Android 8.1 Oreo namun disahkan akan menerima Android P tidak lama lagi.

Nokia X5 ini hadir didalam tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru dengan harga penjualan CNY 999 (RM 607) bagi versi 3GB/32GB dan CNY 1,399 (RM 851) bagi versi 4GB/64GB.

Buat masa ini belum ada sebarang maklumat bila Nokia X5 ini akan memasuki pasaran antarabangsa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.