Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Max Pro M1 akan ditawarkan pada harga RM 599 sepanjang bulan Julai

Asus ZenFone Max Pro M1 telah mendapat sambutan luar biasa sejak dilancarkan penghujung bulan Mei dan bagi meneruskan lagi momentum ini, Asus Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar ini akan ditawarkan pada harga RM 599 sahaja di Lazada.

Asus ZenFone Max Pro M1 versi 3GB/32GB ini akan ditawarkan melalui penjualan kilat pada setiap hari Selasa sepanjang bulan ini.

Walaupun ketika pelancaran, Asus mengumumkan bahawa harga penjualan kilat Asus ZenFone Max Pro M1 bagi bulan Julai adalah RM 649, Asus kini mengesahkan bahawa ianya akan ditawarkan pada harga RM 599 sahaja.

Penjualan kilat ini akan berlangsung pada 3/07, 10/07, 17/07, 24/07 dan 31 Julai 2018 di Lazada dan 500 pembeli bagi setiap sesi penjualan akan menerima peranti mereka pada keesokan hari melalui perkhimatan penghantaran pantas ( Lembah Klang sahaja).

Asus ZenFone Max Pro M1 adalah telefon pintar yang sangat baik pada tahap harga ini dan ulasan komprehensif kami membuktikan ianya adalah telefon paling berkuasa pada tahap harga bawah RM 700.

ULASAN: Asus ZenFone Max Pro M1 – Telefon Pintar Mampu Milik Terbaik Di Pasaran

spesifkasi penuh Asus ZenFone Max Pro M1 boleh anda ketahui di sini.

 

Comments

comments