Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Honor 9 Lite – telefon pintar bajet premium dengan 4 kamera

Pendahuluan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kos purata telefon pintar dilihat semakin meningkat dan dengan keadaan ekonomi yang sangat meruncingkan, sudah pasti ramai pengguna terpaksa menangguhkan peracangan mereka untuk membeli telefon pintar baru.

Walaubagaimanapun, Honor jenama sampingan atau jenama ‘online’ Huawei boleh dikatakan antara pengeluar telefon pintar yang berusaha untuk menawarkan telefon pintar pada model yang lebih berpatutan tanpa mengecualikan reka bentuk yang premium dan spesifikasi yang baik.

Honor 9 Lite yang dilancarkan baru-baru ini adalah antara model yang boleh diberikan kredit sebagai telefon pintar dengan harga mampu milik yang mendapat sambutan baik di pasaran Malaysia.

Buktinya adalah apabila sebanyak 2,500 unit Honor 9 Lite telah berjaya dijual didalam masa 6 jam penjualan di Shopee dan vMall.

Jika anda masih tidak yakin dengan Honor 9 Lite, anda mungkin perlu membaca ulasan menyeluruh Honor 9 Lite kami ini.

Spesifikasi Utama

~Skrin paparan 5.65-inci FHD+ FullView
~Pemproses Kirin 659 CPU
~3GB RAM, 32GB storage
~Sensor dwi-kamera 13MP + 2MP dibahagian hadapan dan belakang
~Android 8.0 Oreo                                          ~Harga : RM 749

Reka Bentuk

Reka bentuk Honor 9 Lite adalah sesuatu yang sudah pastinya mengejutkan anda kerana walaupun pada harga dibawah RM 800, Honor berjaya mengekalkan prinsip mereka yang ingin menawarkan telefon pintar dengan imej yang premium tidak kira tahap harga model tersebut.

Honor 9 Lite memiliki kemasan seakan cermin pada bahagian panel belakang dan juga dilapisi gelas 2.5D pada bahagian belakang dan hadapan.

Honor 9 Lite hadir dengan skrin paparan berukuran 5.65-inci dengan nisbah 18:9 atau lebih popular dengan panggilan Fullview.

Skrin paparan IPS LCD ini memiliki resolusi FHD+ iaitu 2160 x 1080 dengan kepadatan piksel 428ppi.

Dengan harga penjualan RM 749, Honor 9 Lite adalah telefon pintar termurah dipasaran yang hadir dengan skrin paparan Fullview FHD+.

Selain itu, Honor 9 Lite hadir didalam dua warna iaitu kelabu dan biru yang mana warna biru boleh dikatakan sangat berkilau dan menjadi pilihan kami (walaupun kami hanya menerima unit reviu berwarna kelabu).

Honor 9 Lite juga amat selesa digunakan dengan sebelah tangan walaupun memiliki skrin paparan yang lebih tinggi.

Bersama-sama Honor 9 Lite ini, anda juga akan menerima perkakas plastik yang memberikan perlindungan kepada peranti namun tiada filem perlindungan skrin disertakan.

Prestasi Dalaman

Selain mengeluarkan telefon pintar, Huawei juga mengeluarkan pemproses mereka yang tersendiri dibawah nama Kirin dan Honor 9 Lite turut hadir dengan pemproses Kirin 695 yang turut digunakan pada model Huawei Nova 2i.

Ianya adalah pemproses 8 teras yang menjanjikan prestasi optimum dan pada masa yang memberikan jangka hayat bateri yang baik.

GPU yang disertakan dengan Honor 9 Lite adalah Mali T-830 MP2 yang mana hasil ujian kami mendapat prestasi grafik yang ditawarkan adalah baik. Kami telah mencuba permainan Need For Speed No Limits dan ianya mampu menawarkan pengalaman permainan yang baik walaupun tidak begitu sempurna.

Kami juga dapat merasakan pengeluaran haba yang terjadi apabila kami sedang sibuk bermain permainan video ini namun tahap haba ini masih boleh ditoleransi.

Bercakap mengenai pembesar suara yang ditawarkan pada Honor 9 Lite ini, ianya bukan lah pembesar suara stereo namun kelantangan pembesar suara ini juga berada dalam tahap yang memuaskan, tidak terlalu lantang dan tidak terlalu perlahan.

Honor 9 Lite juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang dan ianya mempunyai waktu respon sekitar 0.3 saat dan ianya mempunyai sokongan pembacaan capjari 360 darjah.

Kamera

Honor 9 Lite hadir dengan teknologi dwi-kamera yang mana ianya ditawarkan pada bahagian belakang dan juga hadapan.

Honor 9 Lite boleh dikatakan sebagai telefon pintar dengan 4 kamera termurah dipasaran menggantikan Huawei Nova 2i.

Kamera Honor 9 Lite adalah unit kamera 13MP + 2MP yang mana unit kamera kedua ini disertakan khas untuk memberikan anda fungsi pengambilan gambar portrait yang sudah tidak asing lagi pada telefon pintar.

Gambar yang diambil melalui Honor 9 Lite mempunyai hasil yang memuaskan walaupun bagi telefon pintar pada kategori harga ini dan terdapat banyak ciri tambahan pada perisian kamera ini.

Antara ciri yang ditawarkan adalah pencantikan gambar selfie 10 tahap, penetapan aperture (kamera belakang), gambar mod ‘moving picture dan pengambilan video.

Selain itu, Terdapat mod perfect selfie yang mana ianya harus diaktifkan dengan mengambil gambar selfie anda dari bahagian hadapan, tepi dan gambar anda memandang kebawah.

Maklumat daripada gambar ini akan digunakan untuk menyelaraskan aspek-aspek seperti kelembutan kulit, kecerahan, pembesaran mata, pencerahan mata dan juga kontur muka yang lebih kurus.

Kesemua maklumat ini akan disimpan untuk digunakan ketika anda mengambil gambar selfie pada masa akan datang.

Selain daripada itu, Honor 9 Lite juga hadir dengan kamera selfie yang sama seperti dibahagian belakang iaitu unit 13MP + 2MP.

Hasil gambar dari kamera hadapan dan belakang adalah lebih kurang sama iaitu berada pada tahap yang memuaskan namun cahaya yang baik mampu memberikan hasil gambar yang lebih baik.

Tujuan utama penawaran sensor 2MP adalah untuk fungsi bokeh dan potrait yang merupakan ciri yang mesti dimiliki oleh telefon pintar.

Prestasi Bateri

Honor 9 Lite hadir dengan bateri berkapasiti 3,000mAh yang merupakan kapasiti ideal bagi telefon pintar saiz ini, pengunaan bateri Honor 9 Lite adalah efisen dan mampu menawarkan anda tenaga cukup untuk melalui rutin harian anda.

Sedikit mengecewakan, Honor 9 Lite tidak mempunyai sokongan pengecasan pantas mahupun pengunaan slot USB-C.

Penutup

Honor 9 Lite boleh dikategorikan sebagai antara telefon pintar terbaik pada titik harga dibawah RM 800 khusunya kerana penawaran skrin paparan Fullview dengan resolusi FHD+ dan dua unit dwi-kamera.

Reka bentuk Honor 9 Lite juga tidak mendedahkan realiti telefon pintar ini sebagai model ‘entry-level’.

Jika anda ingin mencari telefon pintar dwi-kamera pada harga dibawah RM 800, Honor 9 Lite sudah pastinya antara model yang patut anda pertimbangkan.

Gmabar-gambar yang diambil menggunakan Honor 9 Lite

Comments

comments