Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Stor Honor Malaysia di Lazada akan dibuka 2 April ini

Stor Honor Malaysia di Lazada akan dibuka 2 April ini 1

Honor Malaysia dan Lazada Malaysia telah menandatangani perjanjian persefahaman yang akan menyaksikan Honor Malaysia membuka stor atas talian rasmi di platfor Lazada.

Stor rasmi Honor Malaysia di Lazada ini akan mula beroperasi dari 2 April 2018 dan sempena pembukaan stor rasmi ini, Honor akan mengadakan penjualan peranti terbaru Honor pada harga promosi yang menarik.

Stor Honor Malaysia di Lazada akan dibuka 2 April ini 2

Telefon pintar pertama Honor dengan pemproses Kirin 970 yang menyokong AI, iaitu Honor View10 akan ditawarkan pada harga RM 1,899 berbanding harga asal RM 2,099.

Berikut adalah harga bagi model Honor yang lain :

Honor 8 Pro RM 1,499 – Harga asal RM 1,899)
Honor 7x RM 899 + baucar Lazada RM 50 – Harga asal RM 1,099
Honor 9 Lite RM 749 + Bluetooth Headphone
Honor 6A Pro RM 499 – Harga asal RM 699

Promosi ini boleh dinikmati di Lazada Malaysia mulai 2 April ( tiada tarikh akhir promosi diketahui).

Stor Honor Malaysia di Lazada akan dibuka 2 April ini 3

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.