Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F5 Dashing Blue kini dibuka untuk tempahan


Oppo F5 Dashing Blue yang perkenalkan secara rasmi minggu lalu kini telah mula dibuka untuk tempahan.

Oppo F5 edisi terhad ini akan ditawarkan didalam kapasiti 4GB RAM + 32GB ROM selain lain-lain spesifikasi yang sama seperti Oppo F5 iaitu skrin paparan FullView FHD+ berukuran 6.0-inci, pemproses Octa-Core, kamera selfie 20MP dengan AI Beauty Recognition, kamera utama 16MP dan teknologi ‘face unlock’.

Oppo F5 Dashing Blue ini dikeluarkan sempena hari valentines dan syarikat ini melakukan sesuatu yang unik kebiasaanya bagi hari valentines, pengeluar telefon pintar lebih suka memperkenalkan model telefon pintar didaalam warna merah ( Oppo F5 6GB sudah ditawarkan didalam warna merah).

Oppo F5 Dashing Blue ini  akan ditawarkan pada harga RM 1,298 dan tempahan boleh dilakukan di Stor Oppo Malaysia, Lazada, 11street dan Shopee dari 12 tengahari 5 Februari.

Lebih menarik, 500 pembeli pertama akan menerima satu eksklusif yang mengandungi satu case Svarowksi dan juga ukiran nama ( maksima 10 huruf) pada panel belakang.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.